Isnin, 7 Disember 2009

Adakah Si Dia MeminatiMu @ Bertepuk Sebelah Tangan

Kadangkala Wanita sukar untuk memahami lelaki... Kadangkala mereka takut salah erti tentang tingkah laku seorang lelaki terhadap dirinya.. Nak tau bacalah....

Langkah Si dia Cuba Mendekatimu....

1. Si dia membelanja anda makan & minum
2. Si dia mula bertanyakan latar belakang keluarga anda dan secara tak sengaja si dia menceritakan latar belakang keluarganya. Ini merapatkan anda berdua
3.Si dia akan bertanya khabar anda setiap hari @ memberikan hadiah kepada anda

Teruskan Hubungan Jika....

1. Si dia x gopoh gapah untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan anda
2. Si dia x berkira walaupun baru berkenalan dengan anda & xkisah keluarkan wang untuk anda
3. si dia menerangkan status nya sama ada pernah ada teman wanita atau sebaliknya.. Berlaku jujur jika si dia sememangnya single..

Hati-Hati Dengan Si dia Jika.....

1. Terlalu cepat si dia memberitahu ingin menjalinkan hubungan yang serius bersama anda.. Nampak tipu kan baru je kenal dah nk couple huhu jangan terpedaya dengan manis mulut
2. Si dia jarang menghubungi anda atau x menghubungi anda lagi stelah pertamakali bersua muka.. Kononnya sedang sibuk dengan pelbagai hal.. Lebih baik elak je dr jumpa lelaki macam ni.
3. Di mulut kata sayang tapi di hati Allah jer yang tahu pergelokan yang berlaku..

Jumaat, 20 November 2009

Ahad, 28 Jun 2009

Berakhirnya fenomena JACKO

DIA dilihat aneh dan penuh misteri. Tapi dia juga mencipta hits, punya persona, gaya dan ego, juga bakat yang besar, digelar ikonik muzik dan disanjung sebagai Raja Pop Dunia.

Kini semua pemujaan itu berkubur bersama-samanya. Membawa sekali kehidupan suka duka dan pahit manis yang dilaluinya selama hampir 51 tahun dia menghuni dunia ini.

Michael Joseph Jackson yang awalnya mula dikenali bersama empat saudaranya - The Jackson 5- nyata mencipta legasinya dengan penuh kemasyhuran, juga kehancuran.

Kematian mengejut pada petang Khamis (pagi Jumaat waktu tempatan) lalu akibat kegagalan fungsi jantung membawa sekali gemilang dan tragedi diri yang berpanjangan; yang pelik lagi aneh, yang adakalanya melucukan daripada kemilau kemuncak jaya seorang penyanyi yang dikecapi sejak tahun 80-an.

Penghibur legenda itu menyatukan muzik hitam-putih yang merobohkan tembok kaum di MTV serta mendominasi papan carta lagu serta hadir di pentas dengan gaya persembahan mengagumkan.

Memang siapa yang tidak mengenali si Wacko Jacko, nama jolokan yang sepelik dan seaneh wajah buatannya.

Namun muziknya mencipta fenomena. Album Thriller (1982) yang mengandungi lagu hits blockbuster - Beat It, Billie Jean dan Thriller - nyata mencipta satu kejayaan terunggul buat dirinya selepas era Jackson 5.

Terjual lebih 109 juta unit di seluruh dunia, menjadikan album terbitan Quincy Jones itu sebagai album yang mendapat penjualan paling banyak dunia dan merangkul kedudukan tertinggi papan carta lagu selain Beat It dan Billie Jean meraih lapan anugerah Grammy, sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum itu, di samping banyak anugerah lain.

Namun segala titik peluh dan kehebatan seorang revolusioner muzik semakin terhakis dan kemudiannya lebur akibat perlakuan pelik dan aneh yang diciptanya sendiri.

Neverland Ranch, biarpun bukan lagi menjadi miliknya, kediaman dan taman tema yang diagung-agungkan yang sering menjadi tempat berkumpul Jackson bersama kanak-kanak itu sebenarnya hampir meranapkan kerjaya seninya.

Semuanya gara-gara pertuduhan salah laku kepada insan-insan kecil yang disayanginya dan yang menyanjungi dirinya.

Kes itu juga menyemarakkan khabar angin tentang kesukaan dirinya terhadap budak-budak muda. Kerjaya dan imejnya tercalar dan dalam masa yang sama menghadapi masalah kewangan yang amat serius.

Pun begitu dibebaskan atas 10 pertuduhan melibatkan pencabulan ke atas seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun lalu menyuntik semangat baru kepada dirinya.

Berjuta-juta peminat Raja Pop itu di seluruh dunia menantikan konsertnya malah selepas memenangi pertikaian di mahkamah itu, dilaporkan jualan album Jackson meningkat 40 peratus.

Pada saat dia mula bangun dan namanya kembali meniti di bibir masyarakat dunia, dengan jualan tiket-tiket konsert yang laku bak pisang goreng panas, Raja Pop itu tiba-tiba meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

Malah pada saat kematiannya di kediaman sewanya di Bel-Air, Los Angeles (L.A) itu, Jackson sedang giat membuat persediaan untuk sebuah kemunculan semula - dia dijadualkan muncul mengadakan 50 persembahan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, di London dengan kemunculan sulung pada 13 Julai depan.

Dan dikhabarkan latihan itu adalah bagi merealisasikan impian untuk sebuah lagi konsert ekstravaganza yang bakal mengimbau semula keajaiban seorang Michael Jackson!

Kejutan dan misteri

Sehingga berita ini ditulis, belum ada pengesahan terhadap punca sebenar kematian namun ia cukup mengejutkan dunia.

Para peminat fanatik meratapi kematiannya, berkunjung ke kediaman keluarga yang sudah lama ditinggalkan di Gary, Indiana, juga memenuhi perkarangan Pusat Perubatan UCLA, semuanya semata-mata memberi penghormatan terakhir buat Jackson.

Biarpun dikatakan berpunca daripada kegagalan fungsi jantung, kematian itu turut mengundang sebuah misteri.

Biarpun ikon pop itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, para paramedik cuba menyelamatnya dan bergegas membawanya ke hospital yang jauhnya ‘hanya enam minit memandu’ sebelum disahkan mati.

Kematian Jackson akibat kegagalan fungsi jantung merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan kerana ia menyerang tanpa amaran.

Fungsi jantung yang berhenti tiba-tiba boleh disebabkan oleh serangan jantung atau masalah berkaitan jantung yang lain.

Pada sepanjang kariernya di puncak, keadaan kesihatan Jackson sebenarnya turut menjadi bualan sehangat lagu-lagu hitsnya.

Kematian yang tidak disangka pada usianya 50 tahun itu turut mengungkap kembali sejarah-sejarah masalah kesihatan yang dihadapi Jackson.

Ini termasuk pembedahan plastik, dimasukkan ke hospital secara misteri dan laporan pengambilan pelbagai pil.

Awal 90-an, pakar kulit Jackson mendedahkan bahawa penyanyi itu menghadapi masalah kulit yang dikenali sebagai vitiligo yang membuatkan kulitnya bertompok putih.

Raja Pop Dunia itu juga dilaporkan ketagihan ubat penahan sakit yang mula diambilnya selepas kulit kepalanya terbakar ketika menjayakan iklan komersil, Pepsi pada 1984.

Malah ketika menghadapi perbicaraan kes pencabulan pada 2005, Jackson beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Tahun lepas, seorang penulis biografi mendakwa artis legenda itu menderita sejenis penyakit pernafasan yang jarang ditemui dan memerlukan transplan paru-paru namun pegawai serantanya menafikan.

Bualan mengenai keadaan kesihatan Jackson juga hangat diperkatakan semula beberapa bulan lalu apabila wakilnya menangguhkan beberapa siri lawatan ke London dengan alasan penyanyi itu perlu melakukan latihan bagi siri konsertnya di situ.

Pun begitu, pengetua Centerstaging, tempat Jackson melakukan latihan, Johnny Caswell memberitahu artis itu kelihatan sangat lemah ketika mengadakan latihan tetapi amat keras bekerja.

Bekas pegawai serantanya, Michael Levine pernah memberitahu bahawa tekanan emosi, fizikal, undang-undang, kewangan dan kecelaruan kerohanian sentiasa menyelubungi kehidupan Jackson.

“Ia umpama toksid,” kata Levine.

Namun bagi Quincy Jones yang melonjakkan nama Jackson menerusi Thriller, ”Saya tidak mampu berkata. Dia seorang penghibur yang handal dan legasinya akan diingati. Saya kehilangan adik hari ini dan separuh nyawa saya pergi bersamanya.”

Islamkah Michael?

Terkenal dengan gerak tari, juga kaca mata aviator dengan sarung tangan sekuin dan jaket ala-tentera serta seluar ketatnya, Jackson merupakan penghibur paling mengujakan bagi generasinya.

Biar banyak kisah-kisah negatif yang melingkari kehidupannya namun status dirinya sebagai seorang Muslim menjadi antara pertanyaan ramai peminatnya.

Sementelah sebelum ini Jackson pernah dilapor sudah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel yang bermaksud ‘rezeki”.

Jackson dilaporkan oleh akhbar The Sun pada tahun lepas telah mengadakan majlis memeluk Islam di rumah seorang rakannya yang juga penggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu ialah penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Biarpun status agamanya itu masih tidak diketahui namun abangnya, Jermaine memberitahu yang adiknya itu memang telah menunjukkan kecenderungan terhadap agama suci itu sejak awal 90-an lagi.

Jackson mula tertarik dengan ajaran agama suci ini apabila Jermaine memeluk Islam pada 1989 menggunakan nama Muhammad Abdul Aziz.

“Saya menghadiahkan banyak buku tentang keindahan Islam kepadanya selepas saya kembali dari menunaikan haji.

“Beliau banyak bertanya tentang Islam dan saya menceritakan keindahan dan ketenangan yang saya lalui selepas bergelar penganut agama ini kepadanya,” kata Jermaine yang dipetik oleh akhbar Daily Telegraph tahun lepas.

Khamis, 25 Jun 2009

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah dalam urusan mencari pasangan hidup. percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih,perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan yang juga anak sulung. Alasan yang diberikan kerana kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasia,tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan itu, mereka berdua dapat salaing melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan Sekadar Satu Panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan dalam keluarga mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak :

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras aaupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung = Tengah

Sudut negatif dari hubungan adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan yang si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk sesiapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung = Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah = Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan appun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah = Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti ank sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si anak bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu = Bongsu

Berhati-hatilah !! Bersama pasangan ayang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan menjadi sulit untuk mengawal situasi.

Rabu, 24 Jun 2009

Adik Angkat Jadi Kekasih

Seperti mana tajuk yang di atas.. Perkara ini pernah terjadi bukan usia jadi penghalang untuk terus menjalinkan perasaan cinta... 20 tahun umor si suami si isteri umornya 28 sekarang sudah punya anak 3 hasil perkongsian mereka..

Aku tak terkejut bila ada yang katakan pelik bila terjadi hal demikian... Sedangkan Nabi S.A.W pun usianya muda tetapi pasangannya tua dari Baginda.
Tidak ada bezanya cari sebaya umor atau sebaliknya.Apa sangat lah berbeza umor ni yang penting korang berbahagia hendaknya.

Apa orang akan kata ketepikan dulu.. Kadang-kadang si Adik ni bukan main minat dengan akak angkat dia tapi takot cinta tak berbalas. Aku syorkan pada sesiapa yang minat dan sayang akak angkat korang tu silakan lah tonjolkan diri.. Aku juga bercinta dengan akak angkat aku sendiri hehehe...
Tidak ada bezanya bercinta dengan orang sebaya umor kita atau tidak yang penting kehndak hati dan perasaan kita.

P/S: Sha ko ade sesapa yg ko minat tak..Tq sha sllu post coretan ku dari kejauhan ini
jln Gadong,Brunei

Kalau Ada Kereta Macam Ini Kat Malaysia Ni Agaknya Korang Berani Tak Beli HUHUHU

Rabu, 18 Mac 2009

Koleksi Lirik Pilihan Diri Ku

Hanya Milik Mu – Anuar Zain

Aku tak salahkan hati mu
Bila harap itu tak ada
Tak relakan bila terjadi
Hanya waktu yang tentukan

Ku ingin kuatkan hati mu
Yakin ku hanyalah milik mu
Besar cinta ku tak berubah
Walau kini rasa itu luluhkan hati mu

Ku hanya milik mu
Cuba kau rasa yakinnya hati ku
Meski kau tinggalkan

Masih ku milik mu
Mengertikah bila cinta ini
Tak akan pernah sedikit pun pudar
Selain untuk mu

Ku ingin kuatkan setia mu
Yakin ku hanyalah milik mu
Besar cinta ku tak berubah
Walau kini rasa itu luluhkan hati mu

Ku hanya milik mu
Cuba kau rasa yakinnya hati ku
Meski kau tinggalkan

Ku harapkan hanya pada mu
Ketulusan ini nanti akan ku jalani
Tetap ku milik mu
Mengertikah bila cinta ini
Memang cinta ini tak sedikit pun pudar
Selain untuk mu......

Teman Jiwa – Amy Mastura

Kau membuat aku bisa tersenyum lagi
Setelah lama riang ku terhenti
Kau membuat aku rasa damai di sini
Kau beri sayap untuk ku terbang kembali

Kau adalah teman jiwa ku yang sejati
Menerima dan memberi
Kau penyeri dalam hidup berliku ini
Denganmu ku rasa serasi

Kau lah teman jiwa ku
Tempat damai untuk mengadu
Temani kala suka hiba ku

Kala siang menyuluh
Sepinya malam berlabuh
Kau sentiasa jadi teman ku
Teman jiwa ku

Kau membuat aku bisa tersenyum lagi
Setelah lama riang ku terhenti
Kau membuat aku rasa damai di sini
Kau beri sayap untuk ku terbang kembali

Kau adalah teman jiwa ku yang sejati
Menerima dan memberi
Kau penyeri dalam hidup berliku ini
Denganmu ku rasa serasi

Kau lah teman jiwa ku
Tempat damai untuk mengadu
Temani kala suka hiba ku

Kala siang menyuluh
Sepinya malam berlabuh
Kau sentiasa jadi teman ku
Teman jiwa ku

Bicara kita nada yang serupa
Bahasa kita sehati sejiwa
Tiada pernah pun aku menduga
Kau datang membawakan bahagia....

Tika Naik Tika Jatuh – Ziana Zain

Yang amat pahit dalam hidup ku ini
Sebuah kisah yang terjadi
Dan kini terbayang siapa lawan siapa kawan
Disaat aku memerlukan

Mujurlah seorang insan
Yang ku temukan mengerti apa yang ku alami

Kalau dahulu semua indah mekar
Tetapi kini semua hambar
Sungguh ku membenci mu di atas perbuatan mu
Yang benar melukakan perasaan ku

Saat engkau jatuh dahulu
Akulah insan yang membantu mu
Sebaliknya pula terjadi pada ku
Kau hanya membisu dan berlalu dari ku

Tahulah aku sekuat mana perhubunganmu

Kau biarkan ku berdarah
Sedikit pun kau tak kisah
Kau memandang aku bagaikan sampah
Apakah kau terlupa satu kisah dulu kala

Cahaya yang kau miliki
Aku yang beri dari hati yang tulus

Ada baiknya aku bersendiri
Tanpa percaya sesiapa lagi
Sejarah kisah lama
Membuat ku berhati agar diri tidak tertipu lagi

Yang penting ku percaya
Diri sendiri........

Hilangkan Segalanya – Fara Wahida

Sudah cukup hati ku dilukai
Sekian lama rasa tak di hargai
Sampai bila harus aku menanti
Saat indah setelah dikau pergi

Ingin ku hapus semua rasa mencengkam ini
Hanya Pada-Mu ku meminta
Aku pasrah

Hilangkan rasa gundah ku
Hilangkan rasa duka ku
Hilangkan lah segalanya
Ku tak ingin sakit lagi

Hilangkan kekosongan ku
Hilangkan keasingan ku
Hilangkanlah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
Hilangkan lah segalanya

Ku menanti saat sinar mentari
Ku menanti sinar cahaya dalam hati
Ingin ku gapai bintang yang gemerlapan
Agar terang jiwa yang kegelapan

Ingin ku hapus semua rasa mencengkam ini
Hanya Pada-Mu ku meminta
Aku pasrah......

Mawi feat kru- Sujud

[Mawi]
Bila dilanda musibahHati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..

Alyah- Tak Mungkin Kerna Sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini

Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmuNamun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala adaAda rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini

Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Dato' Siti Nurhaliza - Pada Cintanya
Cabaran menduga
Meninggalkan luka
Membuatku tegar Lepaskan semua
Namun dalam jiwa
Penuh dengan cinta
Dalam pun ku hindarinya

Mengapa berdusta
Menciptakan duka
Hambar ku melara
Menjadi masalah
Namun ku percaya
Di dalam doa
Pastikan datang bahagia

Cerita dunia
Hanya sementara
Juara hanyalah cinta

Walau dicerca
Walau dihina
Tak mengapa
Sementara
Walau diduga
Walau terseksa
Aku setia
Pada cintanya

Ku tawarkan cinta
Kau balaskan lara
Tapi aku redha
Ku yakin kudratNya
Tidak ku memaksa
Malah ku percaya
Cinta penakluk semua

Aku wanita
Bukan boneka
Ku tidak akan melutut pada ego si dia
Aku percaya ada cahaya
Melindungi si pencinta..

Selasa, 10 Mac 2009

Nukilan Untuk Ayah

Ayah...
Kau pergi menghadap Ilahi buat selamanya
Tatkala aku sedang membesar dan masih inginkan kasih sayangmu
Walau diketika itu aku tidak mengerti apa itu erti perpisahan abadi
Namun aku redha dengan semua ketentuan ini

Ayah....
Anak mu ini membesar tanpa kasih dan sayang dari mu
Anak mu ini juga hanya mampu merasa sisa kasih yang telah kau tinggalkan

Ayah...
Tiapkali melihat kemesraan insan lain bersama ayah mereka
Hati ini terlalu cemburu kenapa aku tidak dapat menikmati semua itu
Hanya berbekal kasih sayang ibu dan adik beradik yang lain membuatkan
Hati dan diri ini kuat untuk melangkah

Ayah...
Sayangnya kau tak sempat melihat kejayaan anak-anakmu
Meneruskan segala yang kau cita-citakan dulu
Kami meneruskan semua yang kau hajati

Ayah...
Sejak peninggalan mu nasib ibu terpelihara
Ibu sentiasa disayangi di tatang
Jika disaat ini kau ada bersama begitu juga nasib mu
Kerna bagi ku tanpa kalian berdua siapalah kami anak-anakmu
Sedikit terkilan dilubuk hati kau tiada di saat kami bangga dengan hasil titik peluh
meneruskan yang lama kau simpan

Ayah...
Terlalu aku merindui dirimu
Ingin sekali ku peluk dirimu mencium tangan tua mu
Tapi Allah menyayangi mu dari kami anak-anakmu
Ayah...
Semoga kau tenang di sana
Kau abadi dalam hati ku
Kerna kau aku kuat untuk meneruskan cita-cita mu ini
20 tahun kau tinggalkan kami
Kau tetap dalam hati

Wajah-Wajah RiaQistina

Sekadar Suka2 Posing hehehe

Baru selesai di make-up kan sebelum sessi pengambaran


Ketika bercuti bersama keluarga tercinta







Isnin, 9 Mac 2009

Syarat Di Dalam Sesuatu Perhubungan

Di dalam perhubungan seharian mahupun dengan kekasih, majikan, kengkawan atau keluarga pun perlu ada keikhlasan,kejujuran bak kata omputih "give & take " la.
Bila kedua belah pihak sudah pegang pada keikhlasan serta kejujuran tadi tak mungkin ada keraguan yang menganggu lagi kan tp tak payah la jika setiap minit rasa ragu2 dengan kekasih yang tak di depan mata... Hmm camne tue erk

Contoh macam pasangan bercinta laa senang... Bila si boyfriend ni kuat jeles si girlfriend jangan buat tak tahu jer kena la explain agar salah faham tue lebur camtu je... Dan sesekali si dia ungkit pasal kes cemburu buta dia tempoh hari korang jangan terkejut laks tue semua dari baki sisa2 yang dulu yang adelaa dia tak puas hati dengan penjelasan tue.Dan jangan kuat melatah laks kadang kena fikir gaks maybe cara tue si dia nguji cinta or keikhlasan korang pada si dia.

Kadang lelaki ni lain perangai dorang.... Ada bila ada salah faham langsung tak mau dengar penjelasan dr pihak satu lagi, ada yang suka berdendam, ada yang suka dengar cakap orang lain macam dia takde pendirian teguh untuk diri dia sendiri, ada lelaki yang pernah janji nak jaga hati or berikrar nak rebut hati girlfriend dia ni tp bila ada ujian sikit jiwa goyah terus blahhh tinggal girlfriend gitu jerk adilkah??, ada lelaki bila putus gan girlfriend tak mau layan lagi daaa.. tapi apa salah berkawan kan tak rugi or luak pun kalau berkawan....
Tapi ada jugak yang still layan bekas girlfriend walau dah ada girlfriend baru... Haa geng kategori mana boyfriend korang?????

Pada Lelaki yang terbaca artikel aku ni kan satu aku minta kerna Wanita Ingin Dimengerti Bukan Syak was sangka Yang berterusan.
Kalau ada kesilapan yang kecil bawak2 berbincang ker bg aku tak luak pun berbincang bukan untuk orang lain tapi untuk korang berdua gaks... Kalau nak ucapkan Selamat Tinggal pun pastikan korang hilangkan dulu rasa sayang yang ada pada girlfriend or boyfriend tue.. Kalau tak sia2 belaka laaa rasa jeles,rindu,sayang yang dah sebati dalam diri untuk si dia.... Mampu ker korang ketepikan semua rasa tue untuk sekelip mata sure tak bleh kan so... Cari girlfriend or boyfriend tadi diskus laaaa....
Jangan bazir masa korang tue untuk fikir yang bukan2 tentang si dia.. Korang perlu explain pada si dia yang korang ni jenis yang macam mana dan bagi si dia faham baru boleh give N take..

Pada Wanita pulak memang spesis korang nie selalu nguji lelaki dari segi keikhlasan,kejujuran,kesetiaan serta tinggi mana S.A.Y.A.N.G boyfriend kepada korang kan... Wanita jenis nie mmg ada tapi korang sebagai lelaki jangan cepat melatah try laaa ikut rentak dorang ni tgok sejauh mana dorang nak nguji...
Wanita nie selalu cakap soal hati,soal cinta dengan kengkawan dorang untuk minta buah fikiran yang kadangkala bernas bagi dorang bodoh bagi lelaki.... Tapi korang jangan melatah kaji betul2 salah kengkawan si dia or salah si dia sendiri... Kadang si dia langsung tak tahu apa2 tapi disebabkan kengkawan si dia yang melebih2 korang salahkan si dia ( kesian aweks sapa laaa jadi mangsa keadaan tue)

Kadang lelaki cepat menghukum dan beri kata putus yang "aweks" dia salah 100%.... hello... buka mata dan minda lu bro.. kaji 10 sebab dulu ok aku bagi tips... Tak cukup laa 10 sbb yang lain Lu Fikir Laa Sendiri

1) Korang fikir selama dengan korang si dia pernah menipu korang tak? ( kalau ada & lebih 2 3 kali menipu baik korang blahhh je laaa)
2) Pernah korang intip pergerakkan si dia tak? ( bukan nk bz body hal si dia tapi nk tengok jujur ke si dia tue dibelakang korang selama nie )
3) Memang aku akui laa lelaki mana tak jeles bila "aweks" sendiri cakap ke,borak gan orang lain ker tapi fikir balik la mungkin atas urusan kerja yang penting jujur laaa.. ( kalau aweks cun mau x jeles sampai bleh tidor tak lena tuuu )
4) Selama korang bersama si dia jika ada salah faham si dia bersungguh2 tak nak explain & pujuk korang.. ( kalau bersungguh mmg korang dah berada di ranking teratas dalam hidup si dia laa )
5) Dah jadi kebiasaan pun wanita ramai kawan lelaki yang tue lumrah alam laaa... Maybe sebelum dengan korang dia dah pun kenal lelaki lain tapi sekadar kawan laa kalau dah Couple wat mende nak Couple dengan korang lagi Playgirl laa tuuu... Yang lain tu sekadar kawan jadi tak perlu laa korang jeles bagai nak rak or fikir bukan2 sebab dia ramai kawan lelaki or korang nie takot dengan persaingan yang sedia ada ... Ala lelaki pun apa kurangnya ada yang ramai wanita keliling pinggang tapi pandai plak cover.. Tapi bila wanita ramai kawan lelaki dah mula nak buat andaian laaa nk fikirkan masak2 laa... Tak suka dengan cara macam tu korang tegur la elok2 sure si dia ikut kalau sayang dia menebal untuk korang.Try laa...
6) Wanita ni dalam diam punya 1 keinginan untuk jadi & ada kekasih yang setia tapi korang kena la setia jugak...Takkan si dia je setia korang plak fuh pompuan keliling pinggang sape suruh...
7) Wanita kalau dah suka dah sayang dorang akan kejar.. Tak semua wanita pilih harta benda untuk jatuh cinta... Kalau korang ada motor pun wanita naik jugak sebab itu jer yang korang mampu.... ( kalau jenis nak itu ini sebelum jadi aweks hentikan laaa)
8) Wanita yang baik susah di cari ibarat burung merpati susah nak tangkap... Ciri2 Wanita yang korang perlu tgk pada si dia seperti berikut :- pada mula perkenalan penuh dengan kelembutan (kelembutan yang bukan dibuat2 jangan terpedaya beb),pandai jaga kehormatan diri,hormat kedua belah pihak,ambil berat terhadap pasangan,sanggup berkorban untuk kekasih hati,kadang berlagak selamber seolah2 tak terasa dengan cerita korang dengan kekasih lama (sebenarnya si dia terasa tapi untuk kebaikan hubungan korang si dia berkorban hatinya.... Di sini faham2 sendirilah korang erk nk buat macamana)
9) Sibuk mana pun luangkan masa keluar bersama bila dapat keluar bersama dapat mengeratkan perhubungan korang & dapat mengenali antara 1 sama lain.Yang gila kerja aku nasihatkan selalu ambil tahu pasangan sendiri laa takkan aku nk ajar kot (cuba ajak keluar tengok mata dorang kerna mata tak mampu menipu dari mata tue lah korang akan dapat jawapannya siapa dia di hati korang)

Serius memang susah nk cari wanita yang punya ciri2 di atas tuuu.... Ingat bahagia yang diinginkan tapi bila munculnya badai akan memantapkan lagi kasih sayang kalian berdua... Lautan mana tak dipukul ombak... Wahai khalifah Allah kuatkan hati mu dalam mencari cinta adam & hawa...
Selamat Mencuba

Nukilan : Aril Brunei
Tq siarkan artikel aku komen2 laa artikel aku ni geng

Cemburu tanda sayang..

Of course la siape tak sayang kekasih or isteri kan?Bagi lelaki ade yang jenis kuat cemburu.Bukan ape, bila dia orang nie dah sayang sangat kat seseorang tu, of course la kalau boleh dia tak nak orang lain merampas dari mereka.Tapi kadang mereka nie terlalu kuat cemburu, sehinggakan kadang2 pompuan jadi tak selesa.

Lelaki yang kuat cemburu nie kadang2 susah jugak nak handle.Tapi sebagai kekasih or isteri, korang la kene terangkan kepada mamat2 nie.Bukan ape, kadang2 dalam seharian bekerja, kadang2 perempuan terpaksa bekerjasama ngan rakan skerja lelaki atau berjumpa client lelaki.

Ini kalau tak diterangkan awal2 kepada si lelaki kuat cemburu nie boleh gaduh besar nanti.Korang kene anggap ia sebagai suatu yang positif la untuk hubungan korang ni.Maknanya dia orang memang benar2 sayang kat korang.Cuma kene terangkan la kepada mereka yang korang pun sayang kan mereka dan suruh dia orang jangan terlalu syak was sangka sangat.Tapi lelaki jenis nie kalau kita slow talk dan bawa berbincang Insya Allah dia ornag akan terima.Cuma kene pandai la nasihat akan mereka nie....

Rabu, 25 Februari 2009

Di uji Mengikut Kemampuan Diri Insan

Assalamualaikum w.bt

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua tentang sesuatu. Kadangkala benar kata orang C.I.N.T.A yang pergi jangan ditangisi kerana yang hilang pasti ada penganti..
Penganti yang datang pastinya 1000 kali baik dari yang lalu. Tapi ada kala kenangan yang baru berlalu meninggalkan kesan pada diri sendiri serta hati... Mana taknya dulu ada penyeri,ada sms,ada calling2,ada deting2 tp sekarang semua jadi kenangan yang menyakitkan...

Tapi tipu la kalau tak teringat langsung kan... ada masa kenangan tu bermain2 di mata seolah2 pratonton pulak.....
Time tu maunyer da ade penganti kena la abaikan kerinduan pada kekasih lama sebab tak mungkin nak sakitkan hati orang baru kan...

Macam tu jugak lah sekirenya ada kenangan silam yang dulu diagungkan tp bila bersama orang yang baru takkan la nk bawak perangai or kenangan tu sekali kot... Tu namanya cari penyakit laaa...
Tak kire ape juga yang pernah terjadi dalam kehidupan,mahupun percintaan yang kecundang ditengah jalan yang penting HATI perlu kuat untuk tempuhi semua ujian dari-Nya.
Malah saya sendiri akur dan redha dengan semua ketentuan dari-Nya dan berusaha keluar dari kepompong yang dulu...
Jangan pernah merungut,membebel dengan Ujian ini tapi bekalkan diri dengan kekuatan hati,fizikal dan mental.

Allah S.W.T tak kan menduga atau menguji sesuatu insan yakni khalifah di bumi yang fana ini dengan dugaan yang tak mampu dipikul oleh insan yang diduga.Oleh itu insan yang diduga tu jangan la pulak merungut kata nape diri aku ,nape semua jadi kat aku, sedih mmg sedih tp tawakal dan berusaha ke arah yang leh buat kita hepi..
Allah S.W.T juga akan buat perhitungan dengan setiap usaha,penat lelah kite untuk berjaya,untuk jodoh,untuk ketenangan hati.Buka2lah tafsir Al-Quran di dalam tu penuh dengan panduan hidup yang boleh dijadikan panduan...

Bukan nak bagitau saya ni baik,alim sgt tapi dari pengalaman diri sendiri. Pertama kali buka tafsir dan mengerti maksud di dalam tu fahamlah saya akan ajaran islam sebenar...
Walau saya sibuk dengan urusan kerja yang tak menentu saya cuba luangkan masa untuk jadi kan panduan hidup...

Sabtu, 7 Februari 2009

Lirik Pilihan : Kau Pergi - Alif

Kau kata akulah segalanya
Yang menyinar mekar di hati mu
Kau berjanji akulah satu-satunya
Yang abadi hingga ke akhirnya

Kau genggam erat tangan ku
Kau sambut cinta suci ku
Kau hias indah hidup ku
Kau beri ku bahagia

C/O: Kau pergi dari ku
Sendiri tanpa mu
Mana janji-janji mu
Untuk setia dengan ku
Hati ku terluka dibuai rindu padamu
Manakah setia yang kau ucap dulu
Maafkan ku.. jika salah ku

Hulur tangan mu sambut cinta ku
Aku tak sanggup sendiri
Kembali kasih dalam hidup ku
Cinta ku tulus sejati
( Ulang Chorus )

Cinta mu bukan untukku.....

Doa Untuk Yang Bercinta

Doa untuk yang bercinta, siapa-siapa yang tengah bercinta atau baru nak bercinta atau tengah tunang, amal-amalkanlah doa nih…

Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Pertengkaran Yang Lembut

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Saya ingin berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.

Rabu, 4 Februari 2009

Tahun Baru

Melangkah ke Tahun Baru sudah menjadi kebiasaan manusia di bumi Allah S.W.T ini membuat azam. Pelbagai azam terniat dihati. Tapi mampukah kita mencapai azam tersebut jika masih di takuk lama, dgn perangai yg sama tidak pernah mahu berubah. Sudah tercapaikah azam yang lepas????

Harapan saya dan untuk anda juga kuatkan hati melawan kehendak duniawi yang melampau ini demi azam yang satu. Satu persatu azam yang pernah dihajati setakat ni tercapai sudah. Walau dihina, dicerca berkali-kali namun begitu semangat ini tak pernah padam. Percaya pada diri serta motivasi diri sendiri sebagai tugu atau akar tempat penguat azam kita..

Azam berazam untuk membina masa hadapan