Selasa, 18 November 2008

KATA-KATA UNTUK SAHABAT..RENUNGKAN LAH… ( by RiaQistina )

" Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,
Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan
Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan.
KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."
"Tanda-tanda sahabat yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."
"Semulia-mulia sahabat ialah sahabat yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"
"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,
dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak,
tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya."
"Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.Keikhlasan seorang sahabat itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang."

"Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe"
"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."
"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."
"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia."
Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."
"Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya"
"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."
"Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan"
"Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar dari sahabatmu tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya."
"Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya.
Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh."
"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa"
"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
"Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya"
"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"
"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.Seburuk-buruk buta adalah buta hati"
"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."
"Persahabatan memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
"Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam."
"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."
"Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik,
kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji."
"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah,
dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya,
ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
"Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya"
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya,
kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan
mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
"Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa,
seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
Orang datang dan pergi tetapi sahabat sejati akan selalu diingat di hati
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinya."

"BiLa CiNtA KeRaNa ALLAH..BeRpIsAhNyA TiDaK GeLiSaH..BiLa RiNdU PaDa YaNg SaTu..BeRtEmUnYa PaStI TaK JeMu..UkHwAh ItU InDaH...BiLa KaSiH SaYaNg KeRaNa ALLAH.."

"KETIKA KAWAN ADA DI SISI,JARANG KITA HARGAI.BILA KAWAN TIADA LAGI DI SISI,BARU NAK MERAUNG SETENGAH MATI.LUMRAH KEHIDUPAN MANUSIA DI DUNIA INI........"

"Persaudaraan itu ialah mutiara yang halus,jikalau tidak engkau menjaganya,nescaya akan mendatangkan bahaya..Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu dan bukanlah orang yang dapat membenarkan kata-katamu...(Luqmanul Hakim) "

"fReN... iz A tisSue wHen yOu cAn't sTop cRying fReN...
iz A shOuldEr whEn yoU feEl likZ dYing fReN...
iz alWays liSteNs wHen yOu hAve soMethiNg tO sAy fReN...
iz A weEk whEn yoU neEd a dAe fReN...
iz a cRutCh wHen yOu haVe A brOkenHeart fReN...
iz sOme glUe whEn evErythiNg faLl aParT fReN...
iz A sUn wHen thE rAin jUst wOn'T sTop fReN...
iz yOur mOm whEn yoU ruN inTo A coP fReN...
iz A pHone caLl wHen yOu cAn'T lEave yoUr hOme fReN...
iz A haNd whEn yoU feEl aLl aLonE fReN...
iz a WinG iF yOu wAnt tO fLy fReN...
iz uNdeRstaNd wiThoUt kNowinG wHy fReN...
iz An eaR fOr a sEcreT tO teLl fReN...
iz aN aSpiriN wHen yoUr hEad huRts liKe heLl fReN...
iz a lOve tHat cAn nEver leT gO fReN...
iz yOu N i wAnteD yoU tO kNow

*Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
*Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
*Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,
kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
*Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat,
dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
*Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,
maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu
dan rahsiamu.
Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,
maka ambillah dia menjadai sahabat.
*Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
*Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
*Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu,
dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
*Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,
kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
*Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
*Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
*Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
*Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.
Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
*Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat. *
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
*Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
*Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
*Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,
hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
*Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
*Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.
Kerana teman saling mencontohi.
Hidup tidak akan ceria sekiranya kita keseorangan.
Berbekalkan fitrah semulajadi yang telah Allah tentukan,
kita rasa bahagia bila dapat berkawan.
Bersama kawanlah kita mengenal erti kasih dan sayang sesama insan,
menyulam ilmu dan pengalaman dalam kehidupan.
Alangkah bertuahnya badan jika kita mendapat sahabat yang sejati,yang memahami diri kita,
selalu menasihatkan bila terlupa,sentiasa membantu dan mengutamakan perasaan kita,
susah dan senang bersama............untuk renungan bersama....
tidak orang berdosa yang tidak ada masa depan dan tidak ada orang yang sempurna yang tidak ada masa silam

Friends AreFriends are forgiving,
caring and cool,
Friends do support you in all that you do,
Friends make you feel good, they make you feel great,
Friend's don't pretend that it's you that they hate,
Whatever you say, whatever you do,
Just you remember your best friend is you!!!
Teman sejati adalah teman yang tidak melihatmu dengan matanya
tapi dengan hatinya sahabat ku...andai kau bisa tahu tentang aku...
akulah yg terlalu amat menghargaimu...lebih dari dia kekasihmu....

sahabat..hadir utk berkongsi tawa..
dan menyapu tiap juraian air matamu ketika kau tgh bersedih...
sahabat juga yang bisa mendengar hatimu tika kau menagis dan
pergi tika kau bergembira bersama teman lain...
kerana tali persahabatan itu lebih kukuh dari hubungan cinta yg tak pasti...
jika cintamu pergi...carilah sahabat sebagai peneman kesedihan cintamu...
sahabat itu akn sentiasa buat kau tersenyum dan gembira...percayalah..teman...

kawan dan cinta berjalan seiring...tiba2 cinta jatuh dalam perigi..kenapa..??kerana cinta itu buta...
tiba kawan pun terjun juga dalam perigi...kenapa..??kerana kawan sanggup buat apa saja demi cinta....

aku juga mengharap agar kau sentiasa bajai persahabatan ini ingatan di hati
walau aku pernah melukai hatimu... andai terlukanya seorang sahabat itu,...
dia bisa memaafkan...kerana tanpa sahabat itu...ia akan kehilangan keupayaan diri,..
tiada cermin peribadi utk dijadikan petunjuk kelemahan diri...

Persahabatan itu umpama aliran air sungai yang mengalir seiringan sama sama menuruni lembah dalam sama sama mudik ke kuala,
sama sama menyambut aur dan sama sama kekeringan kala kemarau tiba...
.sama sama menyuburkan bumi meresap ke bumi dan mengalir semula tanpa jemu.....
bergitu utuhnya nilai sebuah persahabatan yang terjalin

SAHABAt yang baik akan sentiasa berada di sisi pada saat kita memerlukannya.
Setiap insan memerlukan seorang teman,
hidup secara berkelompok atau memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan. Sebuah persahabatan yang bahagia memerlukan jalinan perasaan yang luhur, tulus dan sejati.
Sikap egois sememangnya tidak perlu wujud dalam konteks persahabatan kerana
ia akan menghancurkan persahabatan itu sendiri.
Sebaliknya, ia diganti dengan sikap saling memahami dan percaya-mempercayai antara satu sama lain. Persahabatan yang terjalin dengan tulus dan ikhlas ternyata menjadi kunci terbaik dalam mengekalkan sesebuah ikatan persahabatan.
JIKA ANDA BERSAHABAT,BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA, BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

a frenz is one of nicest thingyou can have and the best thing u can be..
a frenz is a treasure..and if you have one..
you have the most valuable gift...
a frenz is someonewho's alway therea frenz is a feeling of forever in your hearta frenz is someone like you....

Walau Di Mana Anda Berada..
IngatLaH selalu Bahawa Di Satu Sudut Dunia Ini
AdaNya Seorang Insan Yang Sentiasa Gembira Jika Kawan-KawanNYa Gembira.
Dan Insan Yang Sentiasa Menangis Tika KawanNya Berduka. Percayalah...

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

Kawan ada dimana-mana,tak cari tp dia datang juga,
kerna ia tak kenal siapa,mana dan dia sapu ja.
Tp kawan tak sama ngan kekasih,hati pedih kekasih menyisih,kawan dtg memberi kasih.
Kawan lama ditagih,kawan baru dinanti,tp takkan sama kawan lama sebab dia dah lama kenal kita.

SAHABAT UMPAMA BELON,
BILA DI LEPASKAN IA PERGI,TK MUNGKIN DPT MEMBAWANYA KEMBALI.
DARI ITU IKAT KUAT TALI PERSAHABATAN DLM HATI SANUBARI DGN KEIKHLAS
DDLM PSHBTAN HRUS ADA BTOLAKANSUR,MENGALAH TDAK BERTI KALAH,
HINDARKAN SIFAT KEGOAAN DARI HLANG SATU PSHBTAN YG SMEMANGNYA SUKAR DIDATANGI

SAHABAT ADALAH SESEORANG YANG DAPAT MENERIMA KEBURUKAN KITA TANPA MENJAJANYA PADA ORANG LAIN. SAHABAT SEJATI IALAH SAHABAT YANG BERANI MENEGUR KESILAPAN KITA DAN
MEMBANTU KITA MEMPERBAIKI DIRI.
MENYEDARI AKAN KEPINCANGAN DIRI KITA DIA AKAN MENJADI TONGKAT UNTUK MEMBANTU KITA BERDIRI.

Kadangkala sahabat setia anda boleh menjadi musuh pertama didiri sendiri,manakala org tak dikenali akan menjadi teman sejati dimasa yg singkat.
Tanpa jembatan takkan sampai ke seberang.
Tanpa dorongan cita2 kita tak sampai keMana,
itu la perlunya keluarga atau sahabat Sahabat yg baik akan mengerti kata sahabat...
Ia nya tak akan mengecewakan dlm jalinan persahabatan
Persahabatan sering di akhiri dengan percintaan,
namun percintaan jarang sekali di akhiri dengan persahabatan
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.
Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.

BAHWA YG JADI PEDOMAN ATAU PANDUAN MENCARI SAHABAT SETIA ADA DUA PERKARA.PERTAMA PERSAMAAN CITA CITA DAN YG KEDUA DI TIMBANG DGN AKAL DAN BUDI

Jgn mengkritik, salahkn & marah sahabat anda.
Jadilah org yg berfikiran positif & pragmatik krena ia mampu merobah sgala yg negatif &
problematikKeegoaan yg amat tinggi boleh mengakibatkan kehilangan
Sahabat dan saudara
Apabila anda ketemu dng saorang insan yg bersikap ikhsan,
sambutlah dia dng mesra dan jadikan dia sahabat mu sahabat adalah sahabat...
satu dalam sejuta..sayangi la sahabat sebelum dia pergi...................

Sahabatku...Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah swt...Jika Aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah akudengan tarbiyah pencipta...
Jika aku lemah tak berdaya,Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga...
Jika antara kita ada tembok pemisah,Ajaklah aku meleraikannya segera....
Dan... Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku.....
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku..Ukhuwah kita untuk SELAMANYEE....

Mengapa harus ditangiskan sebuah perpisahan tangisilah jalur pertemuan yg diwarnakan kerana tersirat pdnya kematian ikatan persahabatan

Rabu, 12 November 2008

Bila Harus Memilih by RiaQistina

"Dulu kau pernah berjanji Pada diriku Untuk menjaga dan menyayangiku Itu bererti sampai Akhirnya kau meninggalkan ku Kini kau ingin kembali pada diriku Setelah kau pergi meninggalkan ku Haruskah hati memberi kesempatan dirimu.. Haruskah aku percaya segala yang kau ucapkan kata-kata Maafmu Kata-kata memohon untuk kembali kepadaku
Meski cinta ku padamu lebih dari yang kau tahu Namun mengerti Kasih tak semudahnya itu
Melupakan apa yang telah Kau lakukan Padaku.. Beri aku waktu untuk memikirkan yang terbaik Cinta jadi dilema Pergi atau Pun kembali"

Bukan mudah untuk kita menerima CINTA
Bukan mudah untuk kita menerima Kekalahan CINTA
Bukan mudah untuk kita melupakan kenangan tika bersama
Bukan semudah kata melafazkan Selamat Tinggal
Ucapkan dan pergi menghilang
Kelukaan hati berbekas dan pasti parut masih ada
Diluaran pasti kita mampu menipu setiap orang yang melihat
Dalaman kita sendiri merasakan luka yang maha dalam itu

Secelik-celik manusia yang cerdik pandai atau mengaku pandai
Pernahkah walau seminit menempatkan diri ditempat Kita
Pernahkah mereka terfikir caci maki dan fitnah mereka
Telah membuatkan Kita terluka sekaligus Kecewa
Dalam mencari Sebelah Hati yang selama ini tercari-cari
Selama ini mendambakan Sebelah Hati menjadi pelengkap
Hari-hari yang semakin pantas berlalu

Wahai Cinta
Tidak sekali-kali kau disalahkan
Cinta penuh dengan pengertian bukan kepalsuan
Wahai Arjuna.. Wahai Pecinta
Lengkapilah kehidupan ini
Jangan sekali-kali
Mempersendakan CINTA yang telah hadir
Kukuhkan CINTA mu itu yang di perlukan

Wahai CINTA.. Wahai Pecinta
Usah kau termakan hasutan fitnah Mereka
Yang inginkan perpisahan
Yang hanya membuatkan Kita makin Derita akibat Mereka
Percaya apa yang kau rasa....
Gendong apa yang kau kejarkan....

Jumaat, 24 Oktober 2008

Kata - kata Dari Jiwa Yang Lara

Aku telah cuba yang terbaik
untuk hidup ku,diri ku,cinta ku pada kekasih,cinta ku pada keluarga,sayang ku pada teman - teman tapi aku tetap di pandang hina..

Mungkin hari ini aku di hina,dicaci,di hamun...
Kononnya aku bermimpi inginkan rasa hormat dari orang lain....
Aku ditertawakan....Maruah diri dijatuhkan dengan mudah tanpa memikirkan 1001 rasa yang aku pendam...
Ya... memang aku menipu diri aku sendiri...Teman - teman maafkan aku kerana menipu kalian...
Salah aku pada kalian cuma berlagak tenang seolah - olah aku sedang bergembira dengan hidup ku...
Disebalik keceriaan aku tersimpan tangisan sedu sedan mengenang diri di perlakukan sebegini...

Sedangkan kalian gembira dengan tangisan ku...
Bagi yang banyak bersamaku dalam semua situasi ku aku ucapkan terima kasih kerana setia menemani aku,menyayangi aku seadanya,menerima aku sebagai teman...
Aku sayangkan persahabatan..Akan ku ingat jasa kalian yang memberi aku kasih sayang teman yang aku tidak dapat cari di medan Mirc sekalipun...
Di dunia realiti aku disayangi,diperlukan kerana aku jujur dalam persahabatan...

Ya Allah pada Mu aku panjatkan doa... Agar suatu hari nanti engkau berikan segala rasa yang telah hambamu rasai peritnya hidup tanpa berteman... Kepada mereka-mereka yang perlakukan kan aku sebegini serta ku pohon rahmati mereka.Mereka ini pernah menjadi teman ku walau seminit..amin..amin ya rabbil alamin

Walau aku berkecil hati dengan kalian aku tetap sanjung keperibadian kalian...
Buat insan yang pernah aku sayangi... akan ku kenang segalanya sampai akhir hayat ini..kerana bersamamu aku tenang bersamamu aku dapat merasai kasih sayang seorang kekasih dan kasihnya ayah kerana aku tiada berayah... Bukan aku menagih simpati
tetapi inilah realiti kehidupan ku...

Diperlaku bagai aku tiada hati dan perasaan untuk merasa kasih sayang dari insan yakni khalifah Allah di bumi ini...

Kesetiaan,kepercayaan akan ku gengam erat2 sekali kalian bergelar teman

Satu ku pinta Ampuni Aku Seadanya Jika Aku Benar2 Bersalah.....

Lirik Pilihan Ku : Selamat Tinggal - Nikki

Kata akhir selamat tinggal
Keputusanku bukan kejutan
Inilah yang terbaik buat diriku dan dirimu
Kini kau bebas pergi

Usah ditanya mengapa
Kau tahu jawapannya
Usahlah lagi kau berpura pura
Muakku dengan sikapmu
Yang tidak pernah jujur
Permainkan hati dan perasaan
Ku lepaskan kau pergi

Jangan cuba kau merayu
Tiada lagi peluang sudah terlewat

Usah ditanya mengapa
Kau tahu jawapannya
Usahlah lagi kau berpura pura
Muakku dengan sikapmu
Yang tidak pernah jujur
Permainkan hati dan perasaan

Biarku tanggung semuanya
Dari hidup merana
Ku doakan kau bahagia dengannya
Ku lepaskan kau pergi
Ku lepaskan kau pergi
Selamat tinggal

Koleksi Gambar Di Limbang Sarawak

Penghujung Usia Mencari Sesuap Nasi Di Jalanan SayuNya Hati Ini


Bilik Aku Di Purnama Hotel


Permandangan Purnama Hotel Dr Jauh



Pintu Gerbang Masjid Limbang



Permandangan Purnama Hotel & Limbang Plaza Dr Bot Di Pagi Hari


Rasa cam nak pergi lagi jer gambar2 lain akan nyusul
Tenang bila di sana.. Tq Purnama Hotel

Selasa, 21 Oktober 2008

Cinta Terhalang – Bob

Rasa lahirnya impianku
Bila terpandang wajahmu
Lirik senyuman kilauan mata
Memikat memukau jiwa ini

Inginlah ku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
Ku sedari ini bukan biasa

Tak dapat aku lindungi perasaan
Kau impian yang aku idamkan

Kau yang ku cinta
Kau yang ku sanjung
Kau yang ku perlukan
Kau yang ku sayang
Kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta terhalang

Engkau lafazkan perasaan
Tulus hati jiwamu
Penuh keikhlasan penuh bermakna
Memikat hati dan naluri ku

Walau kau sedari
Kau tetapkan perasaanmu
Kau berikan cinta yang terpendam

Tak dapat aku lindungi perasaan
Kau impian yang aku idamkan

Kau yang ku cinta
Kau yang ku sanjung
Kau yang ku perlukan
Kau yang ku sayang
Kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta terhalang

Walau ku tahu kita tak mungkin bersama
Tetap ku sanjung cintamu yang suci
Walau terhalang
Untuk Sahabat – Audy

Biarkan saja kekasih mu pergi
Teruskan saja mimpi yang kau tunda
Kita temukan tempat yang layak
Sahabatku....

Ku percayakan langkah bersamamu
Tak ku ragukan berbagi denganmu
Kita temukan tempat yang layak sahabatku...

Kita mencari-cari jati diri
Pandang lautan mimpi
Aku menyanyi untuk sahabat
Aku pergi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama

Kita berpergi untuk sahabat
Kita bernyanyi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama

Tiba waktunya kita untuk berbagi
Untuk saling memberi
Ziana Zain (Ajai / Amran Omar)

Terkenang Jua

Ada rindu dari kejauhan
Ranum dalam sepinya perjalanan

Sungguh manis ingatan denganmu
Dari terlukis di hamparan hidupku

( korus )
Terkenang jua dalam sepi rasa
Kemerduan senandungmu
Menjadikan kau dekat selalu

Terkenang jua pada raut wajah
Kau membuat segalanya
Begitu indah

Kau bersinar dalam hati ini
Kan terbawa manapun ku berdiri

Sungguh (sungguh) dalam (dalam)
Rindu terhadapmu
Dan bersatu di ranting usiaku
Desetiap Waktu

( ulang korus 2X )

Sungguh dalam rindu terhadapmu
Dan bersatu di ranting usiaku
Di setiap waktu...

Ooo... uuu... oo... u...
Ziana Zain

Dugaan Buat Mu

Bersungguhkah
Engkau dalam percintaan
Beranikah
Menempuh dugaan
Kerana ku bimbang
kau tak mampu untuk bersama
Menghadapi rintangan
Di hari muka

Bukan mudah
Untuk menguji hatimu
Bukan maksud
Menolak cintamu terhadapku
Harap kau bertahan
Bukan hanya dipermulaan
Ku tak ingin lagi
Mengejar bayang(an)

Entah kah
Apa gerangan
Jiwaku
Rasa tertekan
Setelh lama ditinggalkan sunyi tak berteman

Peritnya
Kenangan silam
Ku harap
Tidak(kan) berulang
Tak ingin lagi aku dilukai
Memang banyak dugaan
terpaksa ku pertaruhkan
Terhadapmu (untuk itu)...maafkanlah aku

Kekasihku
Dugaan datang menguji
Tiada erti
tanpa kesungguhan yang kau beri
Kan terbenam nanti
Dan yang rapuh gagal berdiri
Andai kita mungkir
Berpegang janji

Isnin, 20 Oktober 2008

Untuk Yang Bertakhta Di Hati

Dulu hati ini terlalu sunyi dan sepi tanpa kasih sayang dari seseorang yang bergelar Kekasih
kerap kali hati ini menangis. Kenangan lama yang berbunga-bunga kembali berlegar di fikiran
indahnya ketika itu disayangi dan dirindui sang arjuna hati. Takdir Allah tiada dapat aku menghalang sang arjuna hati pergi menghadap yang Esa.
Sekarang hati ini berpenghuni semula. Dibajai dengan kasih sayang,kerinduan melimpah berbunga-bunga hati ini girang. Arjuna hati telah kembali aku amat menyayangi cinta kedua ku.
Inilah lambang semangat ku,keyakinan ku ini juga hati ku. Tanpa aku sedari aku telah sakiti hati ku...
Hingga tiada kata-kata yang terungkap oleh ku selain kata maaf.. mohon kembali ke sisi semula kerena dikau lah arjuna hati ku..kau juga hati ku...
Kini aku diberi dua pilihan, pilihan keluarga dengan sang arjuna hati... Persoalan demi persoalan berlegar dan mampukah aku jadi yang terbaik. Sedangkan cinta,rindu,sayang dan semangat ku ada bersama sang arjuna hati. Dia lah pilihan aku yang utama...
Aku bayangkan hidup ku tanpa Arjuna Hatiku......
Bagaimana aku hadapi pada hari perkahwinan ku kelak...
Dapatkah aku berikan semangat,cinta,sayang,rindu untuk insan kedua...
Tidak semudah itu.... Kerana semua itu hanya milik arjuna cinta ku...
Seandainya arjuna sedang membaca coretan ini untuk anda...
Kata-kata maaf ku pohonkan.Kata-kata ini untuk mu Seminit aku kau sayangi Seumur hidup ku perlukan untuk melupakanmu

Sabtu, 11 Oktober 2008

10 Kebenaran Tentang Lelaki.

1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.

2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.

3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.

4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.

5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.

6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.

7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.

8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.

9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.

10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.

Tentang Lelaki Idaman Wanita

Apakah ciri-ciri lelaki idaman wanita? Saya cukup pasti setiap wanita secara individu mesti ada ciri-ciri khusus tentang lelaki idamannya dan ciri-ciri itu pula hampir tidak banyak bezanya jika dibandingkan dengan wanita lain secara keseluruhan.

Okay, ciri yang biasanya bagi wanita tentang lelaki idaman mereka ialah:

Beriman(bagi mereka yang beragama Islam), romantik, pembersih, bijak atau berilmu, mempunyai pendapatan tetap atau stabil, kelakar atau lucu, tak kedekut, “handsome”, sihat, peramah, menghormati orang tua dan keluarga, boleh/mampu memimpin wanita, tak cemburu buta, tak mengongkong, dan banyak lagilah.

Namun, seperti biasalah, bila dah dapat lelaki idaman yang memenuhi ciri-ciri diidamkan dan menjalinkan perhubungan cinta, tiba pada tahap tertentu dalam perhubungan masalah timbul. Di awal perhubungan semuanya indah, semakin hubungan berkembang dan masa berlalu konflik pasti akan wujud. Di sinilah masalah bermula.

Ingat ya, “ Perhubungan yang sebenar hanya bermula selepas berlakunya konflik di antara pasangan”. Konflik “pertama” yang terjadi di dalam perhubungan anda itu, dan juga seterusnya boleh dijadikan ukuran adakah pasangan anda itu adalah lelaki idaman anda.

Macamana tu? Okay, nak tahu adakah lelaki idaman anda tu benar-benar lelaki idaman ialah anda perhatikan semasa dia tengah marah. Marah tu bukanlah marah biasa-biasa saja tapi sesuatu perkara yang memang membuatkan dia marah sehingga nampak macam nak meletup. Pada masa itulah anda boleh lihat cara dia menguruskan emosinya. Pada masa itulah anda dapat lihat adakah dia mampu mengawal dirinya dan cara dia menguruskan keadaan.

Adakah dia terus merajuk? Terus tidak mahu bercakap dengan anda berjam-jam atau berhari-hari lamanya?

Adakah dia memaki hamun anda dan mengeluarkan perkataan kasar yang anda tidak langsung terfikir akan keluar dari mulutnya terhadap anda?

Adakah dia akan terus mengamuk, memaki-hamun, menendang apa yang ada di sekelilingnya, dan tidak cukup dengan itu, mengherdik dan mengugut anda, atau mungkin juga menampar, menumbuk, dan mencederakan fizikal anda? (ramai wanita merasai pengalaman seperti ini bersama “lelaki idaman” mereka).

Atau, dia sedar dia marah, dan cuba sedaya upaya “cool”kan dirinya. Dia dapat mengawal diri dengan baik walaupun anda sedar dia memang tengah “mendidih”. Kemudian dia akan cuba menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin. Mungkin juga dia minta masa untuk dirinya bersendiri buat seketika sebelum menyambung kembali komunikasi dengan anda untuk menyelesaikan konflik. Walaupun dia ambil masa sikit untuk menangani konflik yang berlaku, namun tindakannya membuatkan anda rasa selamat.

Ya, saya kata “selamat”. Apa yang sebenarnya membuatkan seseorang lelaki itu menarik, ialah dia berkeupayaan untuk membuatkan pasangannya berasa selamat. Bila digabungkan iaitu dia mampu membuatkan anda berasa selamat dan juga istimewa, maka dia bukan sahaja lelaki idaman anda, malah lelaki idaman semua wanita!

Adalah mudah bagi lelaki untuk membuatkan wanita rasa dihargai dan “special”. Tetapi tidak mudah bagi semua lelaki untuk melayan wanita/pasangannya dengan baik, dengan “beradab” bila lelaki tersebut sedang benar-benar marah. Berasa diri dihargai, istimewa, tidak sama langsung dengan berasa diri selamat.

Tindak balas atau respon bila dia marah akan menentukan sebanyak mana anda rasa selamat berada di sampingnya dan tanpa pengetahuan anda tentang perkara ini, anda mungkin tidak akan mampu untuk mempercayainya seperti mana yang dia inginkan.

“Mampu Memimpin Saya”

Ini adalah satu lagi ciri lelaki idaman hampir setiap wanita. Lelaki yang mampu memimpin. Ramai wanita setuju kalau dikatakan suami adalah pemimpin dalam sebuah keluarga. Memimpin pula boleh dikatakan membawa isteri/pasangan ke arah jalan yang benar. Memandu pasangan supaya jadi seorang yang baik, berbudi pekerti, menjaga maruah pasangan/isteri, dan sebagainyalah.

Dari sudut lain, bila wanita menyatakan antara ciri lelaki idamannya ialah lelaki yang boleh memimpin dirinya, secara tidak langsung dia telah meletakkan kebahagiaannya di atas tangan orang lain. Bila dia mendapat pasangan/bf/suami, maka dengan harapan yang tinggi menggunung semoga lelaki idamannya itu akan menjadi penunjuk arah dalam hidup dan pelindung dirinya.

Dalam dunia hari ini, banyak perkara tak diduga berlaku. Setelah menjadi pasangan, wanita didera, dihina, dan “dipimpin ke arah yang benar” oleh pasangannya – dari menutup aurat kepada membuka aurat, dari dilindungi maruah kepada dicabul maruah, dan sebagainya.

Dan paling utama di sini, anda sebagai wanita perlu menjadi pemimpin kepada “diri anda sendiri” sebelum membenarkan pasangan/suami memimpin anda. Menjadi pemimpin kepada diri anda sendiri terlebih dahulu membolehkan anda menjadi seorang wanita yang kuat dan jitu semangat, jiwa dan raga sekaligus membuatkan pasangan anda kagum dan bangga memiliki anda sebagai pasangan.

Pastikan bukan si dia seorang sahaja yang memimpin anda, kerana perhubungan yang sentiasa indah dan cinta sejati adalah berkonsepkan kedua pasangan sentiasa beriringan dalam memimpin di antara satu sama lain.

Kesilapan Wanita Lakukan Yang Menyebabkan Lelaki Meninggalkan Mereka

Apa agaknya sebab lelaki meninggalkan wanita atau pasangan mereka ya?

Sebelum bagi jawapan, saya ingin anda tahu, berkenaan hal ini wujud 2 jenis wanita:

Pertama: Jenis wanita yang jarang sekali melihat atau mengaku bahawa mereka berkemungkinan adalah punca kegagalan sesuatu perhubungan itu. Dia berasa bahawa dia telah membuat yang terbaik dan segalanya demi perhubungan. Sekiranya wujud konflik atau masalah, ia disebabkan oleh pasangannya atau lelaki.

Kedua: Jenis wanita yang bila berlaku konflik atau bila pasangannya mula hilang minat terhadapnya dia akan rasa punca berlaku demikian adalah disebabkan dia. Dia rasa seperti ada tindakan atau percakapannya yang telah menjadikan lelaki itu hilang minat dan seterusnya mencetuskan masalah dalam perhubungan. Tidur tak lena, buat kerja apa pun takde tumpuan sebab asyik fikir apa salah silap yang dia dah buat.

Kebanyakan wanita yang gagal dalam perhubungan lebih ramai berada dalam jenis kedua di atas. Ramai yang asyik terfikir dan tercari-cari apakah yang telah mereka lakukan hingga menyebabkan lelaki meninggalkan mereka.

Dalam hal ini, banyak faktor yang boleh menyebabkan konflik dan kegagalan anda dalam perhubungan dengan lelaki tapi faktor yang paling berbahaya adalah anda TAK SEDAR kesilapan apa yang anda lakukan.

Untuk anda mendapatkan satu perhubungan jangka panjang yang bahagia dan berjaya dengan lelaki, anda MESTI sedar dan faham sepenuhnya apakah perkara-perkara anda lakukan yang boleh menyumbang ke arah gagalnya perhubungan dan mengakibatkan lelaki menarik diri. Ini 3 daripadanya:

Kesilapan Pertama: Wanita tidak mempedulikan atau TIDAK FAHAM keperluan perasaan lelaki. Bila perkara ini terjadi, peluang amatlah tinggi untul lelaki menjauhkan diri dari anda.

Kebanyakan wanita menganggap cara lelaki berfikir adalah sama dengan cara mereka berfikir. Oleh itu wanita seringkali melayan lelaki mengikut cara yang mereka rasakan bahawa itulah yang terbaik. Malangnya niat baik mereka itu lebih menjauhkan lelaki dari mempunyai ikatan perasaan yang kukuh bersama mereka.

Wanita kebanyakannya suka bila emosi mereka dibelai begitu juga lelaki cuma bila dengan lelaki caranya berbeza.

Bila sebut tentang keperluan perasaan atau emosi lelaki, yang penting ialah apa yang mereka rasa bila bersama anda. BUKAN apa yang anda rasa! Anda sebagai wanita, secara sedar atau tidak, andalah yang mencipta suasana sama ada lelaki tersebut ingin terus bersama anda atau sebaliknya.
Kadangkala anda tak sedar tindakan anda telah mengancam egonya, menunjukkan anda seolah-olah mengawalnya, menimbulkan kembali kenangan pahit masa silam atau mencetuskan perasaan tidak selamat dan selesa lelaki bila bersama anda.

Banyak keadaan juga bila anda rasa anda buat sesuatu yang baik, hanya untuknya tetapi tindakan anda bukan mendekatkan malah menjauhkan lagi anda dan dia.

Sifat semulajadi wanita yang manja, suka membelai dan memberi(melakukan sesuatu untuk pasangan) memang menjadi tarikan kepada lelaki. Namun bila anda memberi atau melakukan sesuatu terlalu banyak dan apa saja untuknya ia akan ‘melemaskan’ lelaki dan berkemungkinan memberi tanda padanya bahawa anda ingin mengawalnya.

Anda mungkin berkata, “Mana ada saya nak kawal dia, saya hanya berikan segalanya yang terbaik untuk dia dan perhubungan!” Itu betul, tapi ‘signal’ yang dia dapat tak sama dengan apa yang anda fikirkan dan dia berkemungkinan jadi lebih jauh dari anda.Dia juga kemungkinan berasa anda terlalu hebat dan tidak sepadan untuknya.

Sifat semulajadi lelaki yang asas ingin menjadi seorang yang diperlukan oleh wanita. Lelaki ingin tahu adakah dia mampu memberi perlindungan, kegembiraan, memenuhi keinginan dan juga kepuasan terhadap pasangannya sekaligus menjadi ‘hero’ yang boleh di harapkan. Sekiranya dia dapati wanita tersebut terlalu hebat, maka dia akan menarik diri perlahan-lahan.

Penyelesaiannya, saya bukan nak suruh anda berlakon atau pura-pura tak hebat , tetapi anda hanya perlu menggunakan sifat kewanitaan anda untuk menunjukkan dan membuat lelaki berasa bersama anda dia berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kalau dia seolah-olah jauh dari anda sebelum ini, maka dengan cara itu anda akan dapat mengetahui apakah yang menjadi sebab terhadap tindakannya itu.

Kesilapan Kedua: Kesilapan biasa yang berlaku adalah wanita cuba membetulkan atau mengubah lelaki. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin pasangan anda menjadi lelaki yang lebih baik dan hebat. Saya juga tidak kata kalau ada perangai buruk pada dirinya tidak perlu dibuang dan diubah. Lelaki pula tidak menolak perubahan yang patut dilakukan sekiranya perlu.

Maksud saya, bila wanita sayangkan seseorang lelaki itu, dia cuba mengubah lelaki itu dengan cepat dan mendadak. Lelaki akan terfikir, adakah anda sayangkan dirinya pada masa ini atau dirinya yang ada dalam fikiran anda setelah dia berubah nanti? Kena faham, lelaki tidak suka dirinya cuba diubah dengan cepat dan mendadak oleh pasangannya – begitu juga wanita!

Kena ingat ya..kalau anda berjaya mengubah dirinya atau apa yang anda tak suka dia buat atas alasan ‘ini untuk kebaikan perhubungan’ atau supaya hati anda senang..’perubahan itu kemungkinan besar takkan lama bertahan!’

Jadi macamana nak buat? Penyelesaiannya ialah anda perlu menjadi wanita atau pasangannya yang mampu membuat dia sendiri ingin menjadi lelaki yang lebih baik! Anda membuatnya berubah sebab dia fikir dia sendiri nak berubah, bukan sebab anda yang suruh sedangkan dalam masa yang sama dia tak perasan bahawa itu adalah hasil kerja anda! Andalah hakikatnya yang menjadi pencetus perubahannya tanpa dia sedari. Nampak apa yang saya sampaikan?

Ini adalah “skill” yang perlu anda ada membolehkan anda membuatkan pasangan anda berubah menjadi lelaki yang diimpikan dan hebat seperti semua wanita inginkan. Mungkin dari kuat merokok berhenti terus, mungkin kaki melepak kat kedai kopi dah kurang atau tak lagi dan macam-macam lagilah.

Kesilapan Ketiga: Seperti mana wanita, lelaki juga hanya ingin bersama orang dan pasangan yang menyenangkan hati. Sekiranya seseorang itu terlalu banyak menimbulkan isu sampai tahap macam dalam drama, ini akan menjauhkan lelaki.

Lelaki ingin dan senang bersama wanita yang ceria dan mempunyai keyakinan dalam diri. Sebab itu senyuman wanita merupakan satu senjata yang amat berkesan dalam menarik hati lelaki. Senyuman juga memberi maksud anda selesa bersamanya.

Walau bagaimana pun, ramai wanita tak sedar mereka selalu mencipta suasana yang tegang dalam perhubungan. Suasana macam dalam drama ni selalunya dalam bentuk bercakap tentang perasaan dan emosi anda dan lelaki selalunya akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dengan situasi ini.

Kalau anda jenis wanita yang terlalu sensitif, mudah terasa, mudah terluka, mudah marah dan tersinggung dengan apa yang pasangan anda atau orang lain lakukan atau kata, anda akan dengan cepat dan mudah menjadi wanita yang lelaki rasa tidak selesa bersama. Akibatnya dia akan mula menjauhkan diri dari anda. Sekiranya dalam perhubungan cinta, kemungkinan anda akan merasa dia semakin jauh dari anda.

Lelaki akan cuba menjauhkan diri dari wanita yang mempunyai dan menunjukkan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya emosi wanita tersebut boleh mencetuskan suasana tegang ketika berbincang tentang sesuatu. Sesekali ia terjadi, perkara biasa tetapi bila ia asyik terjadi dan bila masa berbincang saja anda menunjukkan emosi anda, lelaki akhirnya akan cuba menjauhkan diri dari punca ketegangan tersebut – iaitu anda.

Sebagai contoh, bila berbincang tentang keadaan perhubungan anda dengan pasangan, anda menangis tersesak-esak, bila dia bertanya anda diam. Satu jam anda hanya diam dan setelah puas dia memujuk anda tetap mendiamkan diri. Ini saja cukup untuk membuat dia merasa tekanan hasil dari emosi anda. Ini tidak termasuk lagi pertanyaan yang bertalu-talu dari anda sehingga keadaan menjadi ‘panas’. Kalau anda nampak dia jalan berpegangan tangan dengan wanita lain itu bab lain ya..itu saya fahamlah anda dah tentu mengamuk! Ini maksud saya bila berlaku saja konflik atau perbincangan perkara seumpama ni berlaku, maka lelaki akan mula ‘trauma’ dan menjauhkan diri dari anda.

3 kesilapan di atas saya terangkan hanyalah sekadar secara asas dan dipermukaan sahaja dari banyak lagi kesilapan yang anda sebagai wanita mungkin tak perasan anda lakukan.

Kunci kepada perhubungan jangka panjang yang bahagia dengan lelaki adalah anda sebagai wanita perlu meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana lelaki ‘berfungsi’. Cara lelaki berfikir, apa yang menjadi pendorong kepada lelaki, apakah perkara yang lelaki takut dan menakutkan dia, apa yang membuat lelaki rasa terancam dalam perhubungan, apa yang menutup perasaan lelaki dari membuka hatinya dengan mudah, rela dan senang hati untuk anda, dan apakah yang membuatkan lelaki ingin bersama dengan seseorang wanita itu dan kekal ingin bersama hanya dengannya sahaja.

Ramai pakar dan bukti yang menunjukkan bahawa wanita, bukan lelaki yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan kebahagiaan dan arah tuju perhubungan di antara wanita dengan lelaki. Wanita memang amat sukar mengubah lelaki tetapi wanita mempunyai kuasa untuk membuat lelaki berubah dengan kerelaannya sendiri. Wanita juga boleh membentuk sikap lelaki dengan memberi tumpuan terhadap keinginan lelaki.

Wanita mempunyai kuasa untuk menarik cinta, kesetiaan dan kejujuran lelaki kepadanya hanya sekiranya wanita tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan.

Hati

Telah lama hati ini melara
Telah lama hati ini kecewa
Telah lama hati ini memendam 1001 ceritera cinta
Sekian lama memendam sejuta rasa
Harapan berganti harapan
Agar di ketemukan Sang Arjuna Cinta
Bilakah waktunya
Untuk ku kecapi keindahan cinta

Sedangkan hati semakin tawar menanti cinta
Terlalu lama hati ini terluka
Terlalu lama hati ini merindu
Terlalu lama hati ini merintih
Berapa lama lagi jalinan dua hati menjadi satu
Tiba waktu bahagia itu akan ku tamatkan
Riwayat cinta dan kepasrahan hati
Akan ku laungkan kalimah cinta dan ikrar
Untuk setia ke akhir hayat

Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

Isnin, 15 September 2008

Andainya perempuan tahu.........

-Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) -Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

-Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita. -Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita... -Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. -Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

-Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. -Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

-Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

-Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..

-Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

-Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

-Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

-Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

-Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Memahami sifat lelaki.

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.

13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

Ciri-ciri Wanita Diminati Lelaki

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.
Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.
Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ‘ganas’ dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.
Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setiaLelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasutBunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebalLelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnyaMengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. HormatinyaMenghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakanBersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. AgresifLelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronokJangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganasJangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baikJangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasanJangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhanaSentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuanBersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembutSentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. SensitifKetahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinyaKenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikanLelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemasAset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kunoJangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabarBertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah lakuUsia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragamaLelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkanMenunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemahJangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matangLelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanjaYang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

“Bagaimana untuk Menawan Hati Lelaki, Membuatnya Jatuh Cinta, Jujur, dan Kekal Setia, Hanya Kepada Anda Sahaja… Selamanya!”

Bila melibatkan perhubungan anda dengan lelaki, mana satu di antara berikut yang anda sering katakan?

“Kenapa dia tak telefon?’

“Macamana aku nak jumpa lelaki yang betul-betul sesuai?”

“Kenapalah aku ni selalu “dating” dengan lelaki yang teruk?”

“Apa salah aku?”

“Kenapa wanita lain nampak bahagia sangat dengan pasangan dia, hubungan aku asyik sepi, boring dan tak terisi?”

“Kenapalah susah sangat nak faham lelaki ni, kalaulah aku dapat faham lelaki ni macamana…”

Kalau satu sahaja perkara di atas anda tandakan, apa yang akan saya terangkan seterusnya mungkin merupakan artikel terbaik yang pernah anda baca dan akan membuka mata anda.
Anda tidak berseorangan.
Kebanyakan wanita sama ada yang masih bujang, berpasangan, atau sudah berkahwin – biasa terfikir dan bertanya tentang soalan-soalan di atas. Sebab utama dan sebenar kerisauan terhadap perkara ini ialah hanya kerana mereka tidak faham tentang lelaki.

Adakah anda sedar, anda sebagai wanita, dengan nilai-nilai dan sifat feminin, di tangan anda terletak kuasa yang sangat hebat, yang mampu membuatkan lelaki jatuh cinta, mampu mempengaruhi lelaki mengikut cara pemikiran anda, menundukkan dia (bukan membodohkan dia!), dan membuatkannya ingin menghabiskan sepanjang masa dalam hidupnya hanya untuk bersama dengan anda – memenuhi segala permintaan dan apa yang anda inginkan dengan relanya?

Ya, benar! Ini bukan cerita rekaan semata-mata. Ini bukan cerita kosong atau fantasi. Anda boleh memperolehi sebuah perhubungan yang sihat, penuh dengan cinta, kemesraan, dan kasih-sayang. Paling menariknya, anda boleh jadikan ia satu realiti dengan mudah sekali dan tanpa usaha bertungkus-lumus yang memeningkan kepala hanya dengan menjadi diri anda sendiri – BUKAN meniru, membentuk, atau cuba mengubah diri anda sebagai orang lain dengan tujuan untuk membuat pasangan anda terpikat – seperti ramai wanita lakukan.

Bila anda membaca artikel ini sepenuhnya, anda akan temui bagaimanakah cara yang akan membolehkan anda menghidupkan kuasa yang sememangnya wujud di dalam diri anda, sama ada ingin menggunakannya untuk menceriakan dunia percintaan anda, untuk berkahwin, atau pun untuk menyemarakkan lagi cinta, kasih-sayang dan kemesraan di dalam perkahwinan anda.
Cara yang akan saya dedahkan kepada anda bukan berdasarkan teori, majalah-majalah berkenaan wanita, buku atau novel cinta, buku-buku “self-help”, mahu pun buku-buku motivasi dan psikologi yang begitu rumit dan berbelit-belit. Tidak seperti sumber-sumber lain yang mendakwa mampu membantu anda untuk memahami lelaki, strategi dan teknik saya adalah berdasarkan maklum balas sebenar dari ramai wanita yang telah menggunakannya dan menghasilkan kejayaan yang amat drastik dalam perhubungan mereka dengan lelaki.

Sekarang, anda boleh ketahui apa yang strategi saya ini mampu lakukan untuk anda. Tidak kiralah sama ada anda seorang…

Wanita yang masih “single” dan ingin menarik “Mr Right” atau lelaki yang terbaik untuk anda – atau ingin menggunakannya untuk meningkat dan menambahkan lagi keceriaan dalam kehidupan sosial anda.

Wanita yang selalu “dating”, berkenalan dengan lelaki, tetapi mendapati begitu sukar untuk meneruskan dan mengekalkan perhubungan.

Wanita yang sedang bercinta, ingin berkahwin, menunggu pasangannya untuk menyatakan, “saya nak masuk meminang awak”, namun kelihatan seolah-olah sukar untuk pasangan menyatakan demikian.

Wanita yang telah berkahwin, ingin menyemarakkan api cinta dan kasih sayang serta meningkatkan dan menikmati perhubungan yang lebih intim dengan suaminya anda akan temui rahsia sebenar yang pasti akan membuatkan anda teruja, dengan aura yang mengakibatkan lelaki tidak akan mampu menolaknya!

Lelaki...

1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

20 PERKARA BUAT WANITA MENYAMPAH PD LELAKI

Wahai kaum lelaki ...berhati2lah kerana 20 perkara ini boleh membuatkan kaum wanita menyampah dengan kaum lelaki..

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah lelaki dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena report dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, lelaki akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti yg biasa di lakukan lelaki di soal siasat oleh kekasih... macamana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji yg ditaburkan. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hehehe!!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Lelaki juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah ! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, ***a kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.tp x semua tau!!! Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! ..kaum lelaki berhati2lah yek..jaga tata susila sbg lelaki..hehehe!!

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. CemburuYa, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkanSi Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari diaAdakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenarAdalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah jika ada permasalahan dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusanMemang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.
Sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan, anda boleh berkongsi dengan kami dalam ruangan Ungkapan Cinta di bawah. Semoga si Dia tersenyum kembali!

PETUA CUCI HATI

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sabtu, 13 September 2008

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Rahsia Diri -Siri Capricorn

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn, yang berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan, reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan LIBRA.

CAPRICORN : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan, orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong). Dalam pergaulan yang membuahkan cinta, anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak-budakkan. Untuk mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.

Orang yang di bawah naungan Aries (21 Mac – 20 April ) , Taurus ( 21 April – 20 Mei) atau Libra (23 September – 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat mendamaikan hati Capricorn. Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi. Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur , memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan Capricorn. Libra sangat berhati – hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak akan terluka.

Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21 Mei – 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn – Aquarius bukanlah hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila rasa cemburu anda sedang meluap-luap.

Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering berubah – ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia suka berpesta, berteman banyak dan berseronok – seronok.

CAPRICORN : PERHUBUNGAN SEKS

Capricorn sentiasa menanti hubungan seks yang mendalam dan kerap beranggapan banyak pasangannya mudah mengecewakan keinginannya. Jauh di sudut hatinya, Capricorn bersedia meledak dengan keghairahan dan pasangan anda bernasib baik sekiranya anda dapat sama – sama menikmatinya. Capricorn sangat tradisional dan mengharapkan sahabat atau pasangannya memainkan peranan tertentu . Sekiranya dia perempuan, dia akan memasak dan mencuci. Sekiranya dia lelaki, dia akan membeli makanan dan soal cuci – mencuci tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

CAPRICORN : KERJAYA DAN KEWANGAN

Capricorn memang bercita – cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia bekerja dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat sesuai menjadi perdana menteri.

Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan rakan seorganisasi menghormati anda.

Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum pasti untung ruginya.

CAPRICORN : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan rumah tangga sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan anak – anak dan serius dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka. Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu atau bapa.