Rabu, 25 Februari 2009

Di uji Mengikut Kemampuan Diri Insan

Assalamualaikum w.bt

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua tentang sesuatu. Kadangkala benar kata orang C.I.N.T.A yang pergi jangan ditangisi kerana yang hilang pasti ada penganti..
Penganti yang datang pastinya 1000 kali baik dari yang lalu. Tapi ada kala kenangan yang baru berlalu meninggalkan kesan pada diri sendiri serta hati... Mana taknya dulu ada penyeri,ada sms,ada calling2,ada deting2 tp sekarang semua jadi kenangan yang menyakitkan...

Tapi tipu la kalau tak teringat langsung kan... ada masa kenangan tu bermain2 di mata seolah2 pratonton pulak.....
Time tu maunyer da ade penganti kena la abaikan kerinduan pada kekasih lama sebab tak mungkin nak sakitkan hati orang baru kan...

Macam tu jugak lah sekirenya ada kenangan silam yang dulu diagungkan tp bila bersama orang yang baru takkan la nk bawak perangai or kenangan tu sekali kot... Tu namanya cari penyakit laaa...
Tak kire ape juga yang pernah terjadi dalam kehidupan,mahupun percintaan yang kecundang ditengah jalan yang penting HATI perlu kuat untuk tempuhi semua ujian dari-Nya.
Malah saya sendiri akur dan redha dengan semua ketentuan dari-Nya dan berusaha keluar dari kepompong yang dulu...
Jangan pernah merungut,membebel dengan Ujian ini tapi bekalkan diri dengan kekuatan hati,fizikal dan mental.

Allah S.W.T tak kan menduga atau menguji sesuatu insan yakni khalifah di bumi yang fana ini dengan dugaan yang tak mampu dipikul oleh insan yang diduga.Oleh itu insan yang diduga tu jangan la pulak merungut kata nape diri aku ,nape semua jadi kat aku, sedih mmg sedih tp tawakal dan berusaha ke arah yang leh buat kita hepi..
Allah S.W.T juga akan buat perhitungan dengan setiap usaha,penat lelah kite untuk berjaya,untuk jodoh,untuk ketenangan hati.Buka2lah tafsir Al-Quran di dalam tu penuh dengan panduan hidup yang boleh dijadikan panduan...

Bukan nak bagitau saya ni baik,alim sgt tapi dari pengalaman diri sendiri. Pertama kali buka tafsir dan mengerti maksud di dalam tu fahamlah saya akan ajaran islam sebenar...
Walau saya sibuk dengan urusan kerja yang tak menentu saya cuba luangkan masa untuk jadi kan panduan hidup...

Sabtu, 7 Februari 2009

Lirik Pilihan : Kau Pergi - Alif

Kau kata akulah segalanya
Yang menyinar mekar di hati mu
Kau berjanji akulah satu-satunya
Yang abadi hingga ke akhirnya

Kau genggam erat tangan ku
Kau sambut cinta suci ku
Kau hias indah hidup ku
Kau beri ku bahagia

C/O: Kau pergi dari ku
Sendiri tanpa mu
Mana janji-janji mu
Untuk setia dengan ku
Hati ku terluka dibuai rindu padamu
Manakah setia yang kau ucap dulu
Maafkan ku.. jika salah ku

Hulur tangan mu sambut cinta ku
Aku tak sanggup sendiri
Kembali kasih dalam hidup ku
Cinta ku tulus sejati
( Ulang Chorus )

Cinta mu bukan untukku.....

Doa Untuk Yang Bercinta

Doa untuk yang bercinta, siapa-siapa yang tengah bercinta atau baru nak bercinta atau tengah tunang, amal-amalkanlah doa nih…

Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Pertengkaran Yang Lembut

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Saya ingin berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.

Rabu, 4 Februari 2009

Tahun Baru

Melangkah ke Tahun Baru sudah menjadi kebiasaan manusia di bumi Allah S.W.T ini membuat azam. Pelbagai azam terniat dihati. Tapi mampukah kita mencapai azam tersebut jika masih di takuk lama, dgn perangai yg sama tidak pernah mahu berubah. Sudah tercapaikah azam yang lepas????

Harapan saya dan untuk anda juga kuatkan hati melawan kehendak duniawi yang melampau ini demi azam yang satu. Satu persatu azam yang pernah dihajati setakat ni tercapai sudah. Walau dihina, dicerca berkali-kali namun begitu semangat ini tak pernah padam. Percaya pada diri serta motivasi diri sendiri sebagai tugu atau akar tempat penguat azam kita..

Azam berazam untuk membina masa hadapan