Isnin, 15 September 2008

Andainya perempuan tahu.........

-Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) -Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

-Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita. -Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita... -Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. -Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

-Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. -Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

-Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

-Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..

-Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

-Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

-Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

-Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

-Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Memahami sifat lelaki.

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.

13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

Ciri-ciri Wanita Diminati Lelaki

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.
Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.
Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ‘ganas’ dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.
Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setiaLelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasutBunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebalLelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnyaMengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. HormatinyaMenghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakanBersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. AgresifLelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronokJangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganasJangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baikJangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasanJangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhanaSentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuanBersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembutSentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. SensitifKetahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinyaKenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikanLelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemasAset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kunoJangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabarBertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah lakuUsia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragamaLelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkanMenunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemahJangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matangLelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanjaYang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

“Bagaimana untuk Menawan Hati Lelaki, Membuatnya Jatuh Cinta, Jujur, dan Kekal Setia, Hanya Kepada Anda Sahaja… Selamanya!”

Bila melibatkan perhubungan anda dengan lelaki, mana satu di antara berikut yang anda sering katakan?

“Kenapa dia tak telefon?’

“Macamana aku nak jumpa lelaki yang betul-betul sesuai?”

“Kenapalah aku ni selalu “dating” dengan lelaki yang teruk?”

“Apa salah aku?”

“Kenapa wanita lain nampak bahagia sangat dengan pasangan dia, hubungan aku asyik sepi, boring dan tak terisi?”

“Kenapalah susah sangat nak faham lelaki ni, kalaulah aku dapat faham lelaki ni macamana…”

Kalau satu sahaja perkara di atas anda tandakan, apa yang akan saya terangkan seterusnya mungkin merupakan artikel terbaik yang pernah anda baca dan akan membuka mata anda.
Anda tidak berseorangan.
Kebanyakan wanita sama ada yang masih bujang, berpasangan, atau sudah berkahwin – biasa terfikir dan bertanya tentang soalan-soalan di atas. Sebab utama dan sebenar kerisauan terhadap perkara ini ialah hanya kerana mereka tidak faham tentang lelaki.

Adakah anda sedar, anda sebagai wanita, dengan nilai-nilai dan sifat feminin, di tangan anda terletak kuasa yang sangat hebat, yang mampu membuatkan lelaki jatuh cinta, mampu mempengaruhi lelaki mengikut cara pemikiran anda, menundukkan dia (bukan membodohkan dia!), dan membuatkannya ingin menghabiskan sepanjang masa dalam hidupnya hanya untuk bersama dengan anda – memenuhi segala permintaan dan apa yang anda inginkan dengan relanya?

Ya, benar! Ini bukan cerita rekaan semata-mata. Ini bukan cerita kosong atau fantasi. Anda boleh memperolehi sebuah perhubungan yang sihat, penuh dengan cinta, kemesraan, dan kasih-sayang. Paling menariknya, anda boleh jadikan ia satu realiti dengan mudah sekali dan tanpa usaha bertungkus-lumus yang memeningkan kepala hanya dengan menjadi diri anda sendiri – BUKAN meniru, membentuk, atau cuba mengubah diri anda sebagai orang lain dengan tujuan untuk membuat pasangan anda terpikat – seperti ramai wanita lakukan.

Bila anda membaca artikel ini sepenuhnya, anda akan temui bagaimanakah cara yang akan membolehkan anda menghidupkan kuasa yang sememangnya wujud di dalam diri anda, sama ada ingin menggunakannya untuk menceriakan dunia percintaan anda, untuk berkahwin, atau pun untuk menyemarakkan lagi cinta, kasih-sayang dan kemesraan di dalam perkahwinan anda.
Cara yang akan saya dedahkan kepada anda bukan berdasarkan teori, majalah-majalah berkenaan wanita, buku atau novel cinta, buku-buku “self-help”, mahu pun buku-buku motivasi dan psikologi yang begitu rumit dan berbelit-belit. Tidak seperti sumber-sumber lain yang mendakwa mampu membantu anda untuk memahami lelaki, strategi dan teknik saya adalah berdasarkan maklum balas sebenar dari ramai wanita yang telah menggunakannya dan menghasilkan kejayaan yang amat drastik dalam perhubungan mereka dengan lelaki.

Sekarang, anda boleh ketahui apa yang strategi saya ini mampu lakukan untuk anda. Tidak kiralah sama ada anda seorang…

Wanita yang masih “single” dan ingin menarik “Mr Right” atau lelaki yang terbaik untuk anda – atau ingin menggunakannya untuk meningkat dan menambahkan lagi keceriaan dalam kehidupan sosial anda.

Wanita yang selalu “dating”, berkenalan dengan lelaki, tetapi mendapati begitu sukar untuk meneruskan dan mengekalkan perhubungan.

Wanita yang sedang bercinta, ingin berkahwin, menunggu pasangannya untuk menyatakan, “saya nak masuk meminang awak”, namun kelihatan seolah-olah sukar untuk pasangan menyatakan demikian.

Wanita yang telah berkahwin, ingin menyemarakkan api cinta dan kasih sayang serta meningkatkan dan menikmati perhubungan yang lebih intim dengan suaminya anda akan temui rahsia sebenar yang pasti akan membuatkan anda teruja, dengan aura yang mengakibatkan lelaki tidak akan mampu menolaknya!

Lelaki...

1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

20 PERKARA BUAT WANITA MENYAMPAH PD LELAKI

Wahai kaum lelaki ...berhati2lah kerana 20 perkara ini boleh membuatkan kaum wanita menyampah dengan kaum lelaki..

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah lelaki dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena report dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, lelaki akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti yg biasa di lakukan lelaki di soal siasat oleh kekasih... macamana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji yg ditaburkan. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hehehe!!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Lelaki juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah ! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, ***a kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.tp x semua tau!!! Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! ..kaum lelaki berhati2lah yek..jaga tata susila sbg lelaki..hehehe!!

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. CemburuYa, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkanSi Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari diaAdakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenarAdalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah jika ada permasalahan dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusanMemang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.
Sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan, anda boleh berkongsi dengan kami dalam ruangan Ungkapan Cinta di bawah. Semoga si Dia tersenyum kembali!

PETUA CUCI HATI

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sabtu, 13 September 2008

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Rahsia Diri -Siri Capricorn

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn, yang berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan, reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan LIBRA.

CAPRICORN : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan, orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong). Dalam pergaulan yang membuahkan cinta, anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak-budakkan. Untuk mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.

Orang yang di bawah naungan Aries (21 Mac – 20 April ) , Taurus ( 21 April – 20 Mei) atau Libra (23 September – 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat mendamaikan hati Capricorn. Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi. Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur , memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan Capricorn. Libra sangat berhati – hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak akan terluka.

Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21 Mei – 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn – Aquarius bukanlah hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila rasa cemburu anda sedang meluap-luap.

Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering berubah – ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia suka berpesta, berteman banyak dan berseronok – seronok.

CAPRICORN : PERHUBUNGAN SEKS

Capricorn sentiasa menanti hubungan seks yang mendalam dan kerap beranggapan banyak pasangannya mudah mengecewakan keinginannya. Jauh di sudut hatinya, Capricorn bersedia meledak dengan keghairahan dan pasangan anda bernasib baik sekiranya anda dapat sama – sama menikmatinya. Capricorn sangat tradisional dan mengharapkan sahabat atau pasangannya memainkan peranan tertentu . Sekiranya dia perempuan, dia akan memasak dan mencuci. Sekiranya dia lelaki, dia akan membeli makanan dan soal cuci – mencuci tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

CAPRICORN : KERJAYA DAN KEWANGAN

Capricorn memang bercita – cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia bekerja dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat sesuai menjadi perdana menteri.

Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan rakan seorganisasi menghormati anda.

Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum pasti untung ruginya.

CAPRICORN : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan rumah tangga sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan anak – anak dan serius dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka. Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu atau bapa.

12 Alasan lelaki tamatkan Zaman Bujang

Antara 12 alasan golongan lelaki bersedia mengakhiri zaman bujang:

Pelengkap hidup
Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.

Hidup lebih terurus
Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri. Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.

Kewangan yang mantap
Dia telah mempunyai sumber kewangan yang tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai.

Bosan hidup membujang
Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan.
Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan hidup, tetapi lama-kelamaan, dia akan merasakan hidupnya kosong tanpa wanita di sisi.

Terlalu menyintai
Saat merasa cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin egois untuk memiliki kamu, kekasih paling disayangi.
Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang harus ditempuhi adalah dengan memutuskan alasan untuk menikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari bahawa hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak penghuni.

Sudah bersedia
Dari segi mental dan fizikalnya, dia merasakan sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan.

Ingin punyai keturunan
Seperti juga kaum wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan.

Cepatkan hubungan intim
Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim.

Secocok
Mereka merasakan kamu dan dirinya seperti kepingan puzzle yang saling melengkapi. Mempunyai minat dan hobi yang sama, tahu akan karakter masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan di antara kamu berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain kamu, kekasih sejati.

Desakan orang tua
Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Hal ini antara lain adalah kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu-cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya.

Desakan kekasih
Lelaki akan berasa tercabar sekiranya mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia.
Tetapi, ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati, tanpa ada sebarang alasan.

8 Ciri Lelaki Buruan Wanita

Jangan hanya fikir kamu sahaja yang tahu memilih kerana ada kalanya wanita lebih cerewet dalam soal memilih pasangan hidupnya. Fikirkan sejenak apa kemahuan golongan hawa ini yang mungkin tersirat daripada pengetahuan lelaki..

1. Yakin Pada Diri

Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui karenahmu.

3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya memilih yang romantik.

4. Wang

Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

5. Bijak

Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.

6. Sensitif.

Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

7. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

8. Bijak Berdandan

Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.

Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.

7 Cara Tampil Menawan

1. Jangan keterlaluan
Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana is akan mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak maskara menyebabkan bulu mata anda kelihatan seperti palsu.

Begitu juga dengan bedak asas, is perlu sesuai dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan ketika mengenakan solekan agar wajah anda akan kelihatan cantik semulajadi.

2. Mengenakan gincu dengan betul
Mengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu kelihatan cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.

3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri
Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.

Amat tidak bersesuaian untuk anda jika mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.

4. Jangan ragu-ragu mengenakan solekan
Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Usah bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung.

5. Mengenal pasti keseluruhan penampilan anda
Penting untuk anda mengenal pasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut dan juga bentuk muka dan badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi. Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap. Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan anda memakai pelembab yang mengawal minyak.

6. Memilih warna rambut yang sesuai
Sama seperti solekan, warna rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda. Warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah begitu juga sebaliknya.

7. Sentuhan terakhir
Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan anda tidak hilang atau pudar.

Dara Melalui Tapak Tangan

“Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek
tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.
Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.
Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.
Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.
Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.
Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.
Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.
Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda. “

8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu

gembira bersamaDua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Rahsia Mata Wanita

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….

SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

30 Larangan untuk Wanita!

:confused: :confused:
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Kenapa Ramai Wanita Begitu Sukar dan Bergelut di Dalam Perhubungannya Dengan Lelaki?

Ada banyak sebab kenapa wanita bermasalah dalam perhubungannya. Seperti yang saya sebutkan, sebab utama hanyalah kerana wanita tidak memahami lelaki. Sekiranya wanita benar-benar memahami lelaki, dia akan tahu bagaimana untuk menarik lelaki seperti magnet dengan mudah, membuatkan lelaki lemah di tangannya, membuatkan lelaki melayannya seumpama seorang puteri, dan menyempurnakan segala keinginannya.

Halangan utama wanita hadapi dalam usaha memahami lelaki ialah mereka mencari dan bertemu dengan sumber yang salah. Meminta nasihat dari rakan-rakan yang juga wanita sedangkan hakikatnya mereka juga kabur dan tidak memahami lelaki; dan membaca nasihat, tips tentang perhubungan dan cinta dari majalah-majalah wanita yang sekiranya begitu “power” nasihat dan tips yang diberikan, kenapa masih ramai wanita yang membaca majalah seperti ini tetap juga dibelenggu masalah dalam perhubungan mereka?

Sekiranya seperti kebanyakan wanita, mungkin anda kerap bercakap dan bertanya dengan rakan-rakan wanita tentang masalah cinta dan perhubungan. Tak tahulah saya sekiranya rakan anda memang seorang “terapi perhubungan”, atau pun sekiranya dia memang telah mempunyai sebuah perhubungan yang bahagia dengan lelaki(ini penting) – kalau tidak, jangan! Anda PASTI membuang masa, tenaga, dan akhirnya tetap teraba-raba mencari jawapan.

Oklah, pergilah juga bercakap dengan rakan anda yang sudi mendengar kalau anda hanya ingin meringankan apa yang terbuku di hati – dan juga kalau itu membuatkan anda berasa lega. Tetapi anda perlu sentiasa ingat – ia tidak akan mengubah apa-apa pun dalam meningkatkan perhubungan anda dengan lelaki.

Bukan saya mengatakan kawan-kawan anda semuanya tidak bagus dan tidak layak untuk memberikan nasihat – tetapi nasihat yang diberikan kemungkinan besar berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka sendiri yang terhad.

Hanya kerana mereka mungkin pernah mengalami situasi dan mempunyai pengalaman seolah-olah sama seperti anda, tidak bermakna nasihatnya sesuai dengan situasi anda sekarang.

Bagaimana untuk Menjadi Wanita Pujaan Lelaki… yang akan Bersama Anda Selamanya

Pernahkah anda berjumpa dengan wanita yang…

Lelaki mudah jatuh cinta dengannya?

Bersamanya lelaki sentiasa ingin meluangkan masa?

Lelaki ingin melakukan apa sahaja untuknya?

Berkebolehan untuk “mengeluarkan” sifat romantik dan penuh kasih-sayang dari dalam diri seorang lelaki; dan

Lelaki ingin dan sanggup memberikan apa sahaja untuknya?

Apakah nilai, kualiti istimewa, atau personaliti yang dimiliki oleh wanita seperti ini yang membuatkan lelaki sangat terpesona sehingga mampu menarik mereka seperti magnet, dan membuatkan lelaki ingin hidup bersama dengannya selama-lamanya?

Ramai wanita seperti ini yang saya temui – dan apa yang saya perhatikan:

Mereka ini tidak semestinya yang tercantik, terseksi, terbijak, atau mempunyai bentuk badan seumpama model seperti ramai orang sangkakan!

Hakikat yang sebenar, wanita-wanita seperti ini tahu bagaimana untuk mencipta keajaiban dengan lelaki. Kalau anda seperti kebanyakan wanita yang mempunyai masalah di dalam perhubungan, ini ada berita baik untuk anda.

Keupayaan untuk mencipta keajaiban dengan lelaki sebenarnya BUKAN sesuatu yang ajaib sama sekali. Ia hanyalah teknik, strategi, dan “skill” yang boleh dipelajari dengan mudah oleh mana-mana wanita pun – termasuk anda!

Sebelum saya beritahu bagaimana anda boleh mendapatkan teknik,strategi, dan “skill-skill” rahsia itu, saya ingin tanya kepada anda:

“Bagaimana untuk Menawan Hati Lelaki, Membuatnya Jatuh Cinta, Jujur, dan Kekal Setia, Hanya Kepada Anda Sahaja… Selamanya!”

Bila melibatkan perhubungan anda dengan lelaki, mana satu di antara berikut yang anda sering katakan?

“Kenapa dia tak telefon?’

“Macamana aku nak jumpa lelaki yang betul-betul sesuai?”

“Kenapalah aku ni selalu “dating” dengan lelaki yang teruk?”

“Apa salah aku?”

“Kenapa wanita lain nampak bahagia sangat dengan pasangan dia, hubungan aku asyik sepi, boring dan tak terisi?”

“Kenapalah susah sangat nak faham lelaki ni, kalaulah aku dapat faham lelaki ni macamana…”

Kalau satu sahaja perkara di atas anda tandakan, apa yang akan saya terangkan seterusnya mungkin merupakan artikel terbaik yang pernah anda baca dan akan membuka mata anda.

Anda tidak berseorangan. Kebanyakan wanita sama ada yang masih bujang, berpasangan, atau sudah berkahwin – biasa terfikir dan bertanya tentang soalan-soalan di atas. Sebab utama dan sebenar kerisauan terhadap perkara ini ialah hanya kerana mereka tidak faham tentang lelaki.

Adakah anda sedar, anda sebagai wanita, dengan nilai-nilai dan sifat feminin, di tangan anda terletak kuasa yang sangat hebat, yang mampu membuatkan lelaki jatuh cinta, mampu mempengaruhi lelaki mengikut cara pemikiran anda, menundukkan dia (bukan membodohkan dia!), dan membuatkannya ingin menghabiskan sepanjang masa dalam hidupnya hanya untuk bersama dengan anda – memenuhi segala permintaan dan apa yang anda inginkan dengan relanya?

Ya, benar! Ini bukan cerita rekaan semata-mata. Ini bukan cerita kosong atau fantasi. Anda boleh memperolehi sebuah perhubungan yang sihat, penuh dengan cinta, kemesraan, dan kasih-sayang. Paling menariknya, anda boleh jadikan ia satu realiti dengan mudah sekali dan tanpa usaha bertungkus-lumus yang memeningkan kepala hanya dengan menjadi diri anda sendiri – BUKAN meniru, membentuk, atau cuba mengubah diri anda sebagai orang lain dengan tujuan untuk membuat pasangan anda terpikat – seperti ramai wanita lakukan.

Bila anda membaca artikel ini sepenuhnya, anda akan temui bagaimanakah cara yang akan membolehkan anda menghidupkan kuasa yang sememangnya wujud di dalam diri anda, sama ada ingin menggunakannya untuk menceriakan dunia percintaan anda, untuk berkahwin, atau pun untuk menyemarakkan lagi cinta, kasih-sayang dan kemesraan di dalam perkahwinan anda.

Cara yang akan saya dedahkan kepada anda bukan berdasarkan teori, majalah-majalah berkenaan wanita, buku atau novel cinta, buku-buku “self-help”, mahu pun buku-buku motivasi dan psikologi yang begitu rumit dan berbelit-belit. Tidak seperti sumber-sumber lain yang mendakwa mampu membantu anda untuk memahami lelaki, strategi dan teknik saya adalah berdasarkan maklum balas sebenar dari ramai wanita yang telah menggunakannya dan menghasilkan kejayaan yang amat drastik dalam perhubungan mereka dengan lelaki.

Sekarang, anda boleh ketahui apa yang strategi saya ini mampu lakukan untuk anda. Tidak kiralah sama ada anda seorang…

  • Wanita yang masih “single” dan ingin menarik “Mr Right” atau lelaki yang terbaik untuk anda – atau ingin menggunakannya untuk meningkat dan menambahkan lagi keceriaan dalam kehidupan sosial anda.

  • Wanita yang selalu “dating”, berkenalan dengan lelaki, tetapi mendapati begitu sukar untuk meneruskan dan mengekalkan perhubungan.

  • Wanita yang sedang bercinta, ingin berkahwin, menunggu pasangannya untuk menyatakan, “saya nak masuk meminang awak”, namun kelihatan seolah-olah sukar untuk pasangan menyatakan demikian.

  • Wanita yang telah berkahwin, ingin menyemarakkan api cinta dan kasih sayang serta meningkatkan dan menikmati perhubungan yang lebih intim dengan suaminya.

…anda akan temui rahsia sebenar yang pasti akan membuatkan anda teruja, dengan aura yang mengakibatkan lelaki tidak akan mampu menolaknya!

Khamis, 11 September 2008

Aku Seorang Pemarah? Arghhh... apa nak buat?

Marah?
Siapa yang tidak pernah marah seumur hidupnya? Rasanya semua individu, tidak kira lelaki atau wanita pernah marah akan sesuatu, marah kepada seseorang, waima dirinya sendiri. Marah adalah emosi semulajadi yang jarang dapat kita elakkan dan ia sukar untuk dikawal.

Tetapi, apa pula kisahnya apabila rasa marah beraja di hati hingga mencengkam jiwa? Banyak label yang diberikan kepada lelaki yang pemarah, contohnya gengster tahi minyak, kaki gaduh, kepala angin, panas baran dan beberapa cop lain yang mempunyai konotasi yang agak negatif.

Dipendekkan cerita, lelaki yang mudah berasa marah adalah termasuk di dalam golongan individu yang kurang stabil kerana kadang kala lelaki seperti ini boleh membawa bahaya kepada orang lain (dan juga dirinya sendiri tanpa disedari).

Masalah yang paling besar apabila seorang individu sedang berasa marah adalah hilang daya kemampuan untuk berfikir serta membuat pertimbangan secara rasional. Bayangkan dilema serta kerumitan yang mungkin timbul jika kemarahan yang sedang membuak di dada seorang lelaki ‘disembur’ kepada orang lain yang berada di sisinya seperti isteri, anak atau teman sekerja lelaki tersebut…

Seperti lumrah, penyesalan hanya akan hadir setelah nasi bertukar menjadi bubur hingga akhirnya kering menjadi kerak dan hangus…

Betulkah Anda Mengenali Si Dia?

Mereka yang pernah putus tunang (atau putus cinta) tentu sekali pernah menerima soalan seperti, “Kenapa boleh putus?”, “Siapa yang minta putus?” atau “Apa alasan yang dia bagi?” Namun, yang paling lazim adalah “Berapa lama dah kenal dengan dia?”

Betul tak?

Tidak dinafikan kita perlu mengenali seseorang sebelum menerimanya di dalam hidup, namun ia adalah mustahil untuk “betul-betul” mengenalinya. Beruntung kita kerana Umar Al-Khattab r.a. ada meninggalkan satu contoh tentang perihal “kenal” yang mungkin dapat kita jadikan panduan, InsyaAllah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Katsir di dalam Al-Irsyad bahwa di dalam suatu perbicaraan seorang lelaki telah tampil sebagai saksi bagi seseorang. Lelaki tersebut mendakwa beliau mengenali orang yang terlibat di dalam perbicaraan itu.

Umar Al-Khattab bertanya kepada lelaki tersebut, “apa yang engkau ketahui tentang dia?”
“Tentang keadilan dan kemuliaan,” jawab lelaki (yang ingin menjadi saksi) itu.

“Adakah dia jiran kamu, sehingga kamu mengetahui tentangnya baik di waktu siang atau pun malam?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia pernah bermuamalah (berniaga, bertansaksi) denganmu, sehingga dengan muamalah itu kamu mengetahui sejauh mana kewara’kannya (meninggalkan yang ragu-ragu) ?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia temanmu di dalam perjalanan sehingga engkau mengetahui kemuliaan akhlaknya?”, tanya Umar untuk kali ketiga.

“Tidak,” jawab lelaki itu lagi.

“Bererti engkau tidak mengenalinya.”, kata Umar. Lalu Umar menyuruh menampilkan saksi lain.

Wallahu’alam.

Rabu, 10 September 2008

Ingin mengetahui Tentang Wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidakmenitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang palingdia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan ituputus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamutolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih inginmenganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikanrespon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajakkeluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanyakenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicarioleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudianbarulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yangdicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpasebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang merekadan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahuhanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tips-tips Bercukur

Bersihkan Muka

Sebelum bercukur anda sepatutnya memcuci atau membuang segala kekotoran dan daki di bahagian muka. Begitu juga bagi kulit yang berminyak. Cara ini akan membuang semua kotoran dan melicinkan muka anda sekaligus memudahkan anda bercukur.

Bahan Pelembap

Memang benar, air dapat mengembangkan pori-pori muka tetapi anda perlu melakukan langkah berikutnya. Anda perlu menggunkan bahan pelembap yang banyak terdapat di pasaran. Rasanya yang dingin serta mengandungi vitamin C dapat membersihkan muka. Ia dapat menanggalkan segala saki baki kotoran degil dan melembutkan bulu atau rambut yang hendak dicukur.

Gunakan Cermin

Bercukur bukan sahaja untuk bahagian muka malah meliputi kawasan yang anda perlu bersihkan. Untuk ini anda perlu berhati-hati terutama kawasan yang berhampiran dengan alat kelamin. Tetapi bagi kawasan yang tidak dapat diihat dengan jelas sebaiknya menggunakan cermin. Menggunakan 3 buah cermin lebih membantu anda.

Pisau Cukur Pelbagai Guna

Gunakan pisau cukur yang mempunyai mata berlapis. Bagi sesetengah kulit, muka elok menggunakan pisau cukur jenis ini. Selain mudah, ia juga lebih menjimatkan berbanding menggunakan pisau cukur bermata tunggal. Penggunaan pisau ini akan menjadi lebih lancar kerana stiap lengkung tubuh dapat dicapai olehnya. Dengan kemajuan teknologi, pelbagai bentuk pisau cukur telah dicipta. Hanya kebijaksanan anda untuk memilih pisau yang sesuai.Jangan

Cukur Ketika Muka Kering

Jangan bercukur dalam keadaan kulit kering. Anda patut menggunakan pelembap yang sesuai. Kompenon glycerin yang tedapat dalam losyen ini dapat menutup pori-pori dan melembapkan segala rambut atau bulu. Kulit yang kasar akan berisiko mendapat luka. Anda boleh memilih pelemap jenis krim atau buih.

Gunakan Berus

Gunakan berus yang sesuai untuk menyapu losyen atau krim pada bahagian yang hendak dicukur. Dengan menggunakan berus ia dapat meratakan losyen berbanding dengan jari. Sebaiknya berus berbulu halus dan lembut agar anda rasa lebih tenang dan selesa.Teknik
Anda Boleh bercukur dengan mengguna pelbagai teknik asalkan mata pisau tertoreh kulit. Bagi rambut atau bulu yang panjang, cukur mengikut arah bulu itu. Bagi melicinkan kesan cukur atau bahagian rambut atau bulu pendek, cukur berlawanan arahnya. Ini akan memastikan bulu-bulu terpotong sehingga kedalam liang.

Anda patut mencuba teknik baru yang dapat memberikan keselesaan. Lakukan yang terbaik untuk anda. Ada lelaki yang bercukur setiap 2 hari. Bagaimanapun ini bergantung kepada berapa cepat bulu muka, janggut atau misai itu tumbuh.

Bilas

Selepas bercukur, bilaskan pisau cukur menggunakan air paip yang mengalir. Langkah ini dapat menanggalkan segala bulu atau rambut daripada mata pisau. Setelah itu anda boleh mengetuk pisau cukur pada pintu. Walaupun cara ini tidak dapat menanggalkan segala rambut yang melekat tetapi ia memudahkan dan menjimatkan masa anda. Sebaiknya gunakan mata pisau pakai buang.

Bersikap Tenang

Anda harus ingat, bahawa anda sedang menggunakan 'senjata tajam'. Tersilap langkah, anda akan mendapat luka. Oleh itu anda perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dan bersikap tenang. Jangan menekan terlalu kuat pisau ketika bercukur. Bagi anda yang baru tumbuh bulu atau misai, eloklah berlatih mencukur belon tanpa memecahnya!.Gunakan Kedua-dua Tangan
Anda hendaklah menggunakan kedua-dua tangan ketika bercukur. Sebelah memegang pisau cukur manakala sebelahnya lagi bertindak sebagai co-pilot. Tangan co-pilot ini akan menekan kulit sebelum mencukur agar kawasan tersebut menegang.

Buat Perancangan

Anda tidak boleh mencukur sebarangan. Anda hendaklah menyediakan pelan sebelum mencukur. Seeloknya jika ingin mencukur di bahagian muka hendaklah dimulakan dibahagian bauk (sideburn) kemudian diikuti janggut atau misai. Setelah itu bercukur ke bahagian leher, seterusnya ke bahagian bawah sebelum ke bawah bibir. Anda boleh meninggalkan bahagian yang sukar dicukur terlebih dahulu sebelum menyambung kembali. anda hendaklah bercukur dalam keadaan santai. Bercukur seperti juga memandu di jalan raya kerana kelajuan membunuh.

Selepas Bercukur

Bersihkan muka menggunakan tuala yang bersih. Jangan sesekali menggunakan tuala yang anda telah guna. Ini kerana ketika ini kulit muka anda adalah cukup sensitif.Rehatkan Kulit
Setelah bercukur, anda hendaklah membiarkan kulit muka anda dalam keadaan rehat dengan mengeringkannya. Cara ini dapat menutup kembali pori-pori kulit. Lotion atau aftershave colognew juga dapat membantu merehatkan kulit anda.

Luka

Sekiranya anda mengalami luka, jangan diteruskan pencukuran. Bersihkan luka itu dengan tisu terlebih dahulu sebelum kembali bercukur. Hanya titiskan dan sapu sedikit minyak gamat atau ubat luka. Tidak perlu pergi ke hospital kerana biasanya yang berlaku hanyalah luka kecil.

Selamat Mencuba

Boring???????

Anda baru ditinggalkan kekasih?
Atau Memang semula jadi bujang?
Atau Mengambil keputusan untuk kembali bujang?
Boring?
Atau Kesepian?

Berikut 10 tips yang boleh lakukan untuk meredakan perasaan anda itu

Bercuti

Semasa berpasangan, percutian biasanya adalah perkara yang rumit. Untu bercuti bersama , terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira, cuti tahunan, pakaian pasangan anda, perbelanjaan dan destinasi yang ingin ditujui. Semuanya mestilah menepati citarasa anda dan pasangan. Selalunya hanya beberapa hari aje dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua. Namun, bila anda berseorangan, bila2 masa anda boleh pack pakaian anda dan pergi aje...

Jumpa kawan

Kebanyakkan lelaki apabila bercinta akan meninggalkan kawan2 rapat. Bukan lupa tetapi tak cukup masa. Saat inilah peluang anda untuk menggamit kembali saat2 bebas bersama kawan2 anda.

Bersenam

Semasa bercinta,tengok wayang, memebeli belah, jalan2, minum, dinner, itulah sebahagian besar daripada bahagian hidup anda. Biarkanlah ia berlalu, inilah masanya untuk anda membuang segala toksik2, lemak2 yang telah lama terkumpul. Lakukan senaman anda di gim atau kelab2 senaman khusus dimana mungkin anda akan berpeluang berjumpa dengan wanita yang lebih cantik dan agresif.

Kembali nakal

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Orang dewasa yang melupakan zaman kanak2nya biasanya tidak ceria dan tidak mempunyai nilai humor. Ada sesetengah wanita tidak suka lelaki yang nakal kerana merasa dirinya tercabar. Sebab itulah ramai lelaki apabila bersama teman wanita biasanya akan kawal perasaan dan bersifat pasif serta kaku. Apabila kembali solo, peluang anda untuk melakukan aktiviti sewaktu bujang dulu boleh dilakukan seperti main snuker, video game, mengurat dan sebagainya.

Bermesra bersama keluarga

Hubungan dengan keluarga biasa tidak seerat dulu bila dah berkahwin atau mepunyai kekasih. Keluarga akan jatuh kepada no 2 manakala pasangan akan diberi lebih tumpuan. Dengan ini, masa ni lah perlu digunakan sepenuhnya untuk lebih kepada keluarga.

Terokai dunia baru

Aktivit2 seperti menonton wayang, berdisko, pergi medan selera, pantai tidak membuka minda kita. Jika itu lah kegemaran anda...lupakan seketika, cubailah menerokai dunia baru yang lebih bermakna. anda boleh cuba aktiviti lasak, panjat gunung, menyelam skuba contohnya, pasti kenangan bersama kekasih dulu akan berkurangan.

Sukarela

Untuk mengurangkan masa bosan anda, pergilah ke rumah anak yatim, orang2 tua atau pusat pemulihan dadah. Anda boleh manjadi seorang sukarelawan dimana di tempat2 begini akan membuka minda anda kepada dimensi baru. Anda akan nampak, masalah anda adalah jauh lebih kecil daripada masalah mereka.

Ambil peluang

Hakikatnya, anda mesti membersihkan minda anda daripada memori yang lalu berkaitan pasangan anda. biasanya semasa bercinta peluang untuk ke tempat menarik dan berkenalan dengan wanita lain terlalu tipis. Maka gunakan masa kini untuk melakukan perkara yang biasanya terhalang apabila bersama pasangan.

Perbaiki diri

Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntuan bekas kekasih anda. Perbaikilah diri anda dari segi kerjaya, kewangan dan keyakinan agar masa depan anda akan lebih kukuh dan stabil. Diingatkan disini, apabila anda dah dapat semua itu, anda kan mudah dikekelingi wanita.

Pandang ke hadapan

Buang memori tentang bekas pasangan anda. Berikan perhatian kepada apa yang akan berlaku kemudian termasuklah bakal kekasih atau isteri. Jadikan sebarang angan2 anda dengan usaha yang gigih besama keyakinan diri yang tinggi.

Masalah Kulit Berjerawat

Masalah yang kerap berlaku pada wajah. Kulit lelaki adalah lebih tebal dan pengeluaran sebum adalah lebih tinggi berbanding wanita. Sebab itu kulit lelaki mudah berminyak atau berkilat dan berjerawat dan kadang2 meninggalkan bintik2 hitam.Cara mengatasi :

Bersihkan wajah anda setiap pagi dan sebelum tidur. Pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah anda untuk menanggalkan kotoran, menanggalkan sel2 mati, membersih liang roma yang tersumbat, menanggalkan minyak dan mengatasi jerawat.
Gunakan produk perawatan khas seperti gel yang tidak berminyak untuk mengurangkan minyak di muka. Produk anti blemish adalah sesuai dalam kes ini. Jika kulit berjerawat dan berminyak, beri tumpuan pada tempat yg bermasalah.

Jika kulit anda terlalu berminyak, terutama di bahagian zon T, gunakan produk khas atau pelembap kurang berminyak untuk mengatasi keadaan berminyak itu.
Penggunaan pelindung matahari bukan sahaja dapat melindungi kulit dari sinaran UV, malah dapat mengatasi pengeluaran minyak dan pori2 tersumbat.

Cadangan produk :

Shiseido Men Anti-Shine Refresher, Lancome Homme Invigorating Cleansing Gel, Men Biore Facial Foam Active Acne Care, Nivea For Men Double Action Face Wash, BASK for Men-Face Scrub, Loreal For Men