Ahad, 31 Ogos 2008

Lirik Lagu : Robot - Adam

Kenapa manusia penuh rasa cemburu.....
Pantang lihat orang senang pasti menuduh....
Dan tersenyum bila lihat orang tersungkur....

Cakap senang kalau kau pun buat lebih bagus......
Tapi bukan kau yang kerja bertungkus lumus......
Mencari peluang berjaya dalam hidup.......

Dan memang masih jauh lagi perjalanan ini.....
Dan masih banyak lagi kan ku tempuhi....
Dengan hanya mencari kesilapan saja tapi ternyata ......

Ku jemu.... ( ohh..no )
Ku bukannya sempurna....
Ku perlu..... ( ohh .. no )
Menerima untuk belajar....
Ku bukan robot...

Kadangkala lebih baik pekakkan telinga.....
Dari dengar mulut yang tak pakai kepala...
Mencaci dan menghina ikut suka rasa.....

ohhhh...walau sakit diri ini......
Tak kan mengaku kalah....
Meskipun orang hanya mahu cari salah......
Namun ketika itu jadikan aku lebih tabah....

Kini baru ku sedar siapa kawan....
Kini baru ku sedar siapa lawan...
Jika hendak menegur ada caranya....
Biarlah membina......

Serba tak kena ku buat itu pun salah... 2x
Apa kau mahu pun ntahlah...
Dari menyakitkan hati lebih baik ikut cara sendiri...
Terpulang apa kau nak kata janji ku tak sakit jiwa.....

Ku Bukan Sempurna.....
Ku Bukan Robot........

Ada Faham......

Lirik Lagu : - Kisah Cinta - Juliana Banos

Di sini bermula .......
Perjalanan kita tentang kisah cinta .....
Yang kini ternyata....

Kini sudah tiba....
Untuk mimpi jadi nyata....
Berkat maha Esa untuk menyatukan cinta.....

Hari demi hari cinta ku abadi....
Untukmu selamanya itu janji kita.....
Sehidup semati hingga akhir hayat ini......
Cinta suci kita bersatu selamanya.......
(ulang)

Kasih terimalah....
Lagu ku untuk mu.....
Hanyalah kau satu raja di hatiku.....
Hari demi hari cinta ku abadi...
Untuk mu selamanya itu janji kita....
Sehidup semati hingga akhir hayat ini....
Cinta suci kita bersatu selamanya.....

Lirik Lagu : Sekian Lama - Ct Nurhaliza

Dialah pujaan dalam mimpi....
Yang sentiasa membuai hati.....
Tiap kali bersua....
Ku hanya mampu senyum padanya.... Ku terdiam

Sekian lama ku mencuba...
tak ku lafazkan perasaan...
Berkubur saja namun dia ku cinta.....
Apa yang harus ku lakukan agar dia pun mengerti
Adanya cinta menanti.....
Ohhh... Sekian lama aku mencintai dia.......

Sukarnya membutir kata - kata.....
Menilai apa yang aku rasa.....
Tiap kali ku cuba lidah kelu dari bersuara ku berserah

Lirik Lagu : Cahaya Cinta - Ct Nurhaliza

Dia telah menentukannya,
Kita bertemu dan bercinta,
Inilah takdirnya bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari........

C/O : Sayangi daku.....
Peluklah daku.....
Janji dengan ku semai cinta yang satu.....
Tuhan menguji takkan berhenti .......
Hanya ku pinta sama setia menjaga hingga ke alam syurga

Sabtu, 30 Ogos 2008

Bersahur Cara Rasulullah S.A.W

Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923)

Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.

Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120)
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643) Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.

Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.
(Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.

Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187)

Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.”
(Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920)Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114)

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Seorang hamba Allah berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921)

Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya

Adab berpuasa dan solat terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap

Khamis, 28 Ogos 2008

Lirik Lagu : Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz ( Buat Sahabat ku yang telah kembali ke rahmatullah Fazlina & Hazril )

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus ) Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang Dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

Salam TakZiah Hazril @ ^SeLaNgIt^


Buat sahabat ku
Tenang lah kau bersemadi di alam sana di sisi Dia yang menyayangi dari kami di sini...
Kau sahabat baik buat ku,
Akan aku kenang segala memori bersama2 mu hingga akhir hayat aku,

Hazril,
walau kita baru kenal kau mesra melayan aku,
kau selalu mengambil berat tentang aku,
walaupun kau sudah berpunya,
kau tetap ambil tahu tentang aku,

Hazril,
Sungguh aku bangga mengenali mu,
Walau sekejap kau dampingi aku,
Aku hargai segalanya,
Nama mu terpahat utuh di sanubari dan ingatan ku,

Hazril,
Saat aku kecewa tewas dalam cinta,
Kau bersama teman2 lain datang beri aku semanggat baru,
Hingga aku hampir lupa rasa sakitnya di kecewa cinta,
Kau dan teman2 ada di saat aku menangisi pemergian teman sejati,
Kali ini aku kehilangan kau pula,

Hazril,
Kau ada bersama meraikan saat2 kegembiraan aku,
Kau buat diri aku bermakna tanpa kau dan teman2 aku mungkin tersasar jauh,
Tanpa aku sedar kau terlalu bermakna buat aku,

Hazril,
Hilang sudah senda guraumu,
Hilang sudah tawa tanggis mu,
Hilang sudah celoteh mu buat ku dan teman2,
Hilang lagi teman aku di dunia ini,
Hilang satu lagi mutiara kami,

Hazril,
Maafkan aku tidak hadirkan diri di hari pengkebumian mu,
Aku tak sekuat kau yang mampu ketawa tika kau dihujani bebanan masalah,
Aku tak kuat untuk lihat kau kaku,
Aku doakan kau tenang bersemadi,
Akan aku teruskan perjuangan ini sendirian,
Terima kasih kerana mengajar aku erti persahabatan,
Aku rindu kan memori bersama,
Ya Allah ampuni dosa teman ku ini,
Kerana kerap kali aku sering salah sangka terhadap dia,
Ril, aku akan ingat kata2 terakhir kau td...

Salam penuh rindu dr aku sahabat mu,
Sha @ RiaQistina

Semoga kau berada dalam golongan para salihin
Al - Fatihah

Lirik Lagu : Jika Kau Mahu - Elite

Dari gerak gaya
Dapat ku baca
Apa yang tersirat di dalam dada
Cuba menarik hatiku

Mengapakah perlu
Mnghabiskan masa dan juga harta
Bukan permata..
Bukan rupa yang bisa memikat hatiku

Ku belum cukup mengenalimu
Yang pastinya masa penentu segalanya
Jika kau mahu juga hatiku
Buktikan budimu
Perlu tunggu...

Jika kau mahu juga cintaku
Berikan ku masa
Dan bersabar...
Apalah gunanya
Kita menggesa
Cinta bukan permainan kata-kata
Walau pada asasnya
Aku menyenangi
Dirimu di sisi namun nanti !

Bukan permata
Bukan rupa
Membuat daku jatuh cinta
Seandainya kau benar-benar
Menyintaku...

Perlu!
Pastikan rasa hatiku
Jika kau mahu juga hatiku
Buktikan budimu
Perlu tunggu!
Jika kau mahu juga cintaku
Berikan ku masa
Dan bersabar

Bukan permata
Bukan rupa
Dan bukan kata yang menggoda
Ku belum cukup mengenalimu
Yang pastinya
MasaPenentu segalanya

Yeah...
Kita baru mengenali
Mungkin yang ku cariKini ada di sisi
Tapi...
Ku perlu pastikan
Adakah kau benar-benar menyinta
Agar tidak terluka
Dengan permainan kata-kata
Jika kau mahu juga hatiku
Buktikan budimu
Perlu tunggu
Jika kau mahu juga cintaku
Berikan ku masa
Dan bersabar

Lirik Lagu : Demi Kasih Sayang - Ct Nurhaliza

Lupakan aku saja
Dari kaca fikiran
Andainya bersamaku
Engkau tidak bahagia
Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma

Sehingga aku sanggup menantimu
Walau berabad lama
Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kerana paras rupa
Sedarilah kasih...
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu

Demi kasih sayang
Yang aku pertahankan
Sanggupku meniti
Malam tanpa mimpi
Aku berdoa kita dapat berdua
Hingga ke akhir hayat
Untuk selama-lamanya

Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Tetapi aku sanggup menantimu
Walau berabad lama

Lirik Lagu : Takdir - ella

Ku tak lagi berdaya
Menahan hati ini
Kumasih teringat senyumanmu
Keindahan bersama

Hanya untuk sementara
Kau kembali menemui
Yang Maha Esa
Kini ku kesepian

Hadapi masa depan
Kau tetap ku sayang
Walau dikau tiada
Mengapakah begini
Berakhirnya cinta kita
Ku tak rela hadapi segala
Seriknya hatiku ini
Tanpa dikau di sisi
Sayangku oh mengapakah

Lirik Lagu : Penawar - ella

Siapa yang bersalah, jika dia menyepi
Kerana sering ditegur kekurangannya...
Mungkin kita manusia, yang gemar menabur mengeji
Atau tuhan ada sebabnya...

Siapa tak kecewa, jika harus memencil
Kerana selalu saja dipersenda...
Biarpun diri tak sempurna
Tapi masih memiliki perasaan
Bisa terdaya membeza-bezakan
Antara lembutnya, bayu dan air
Kasih sayang dan tangisan yang mengalir...

Tolong, tolonglah si dia ini
Dengan menghampirinya
Kerana dia sebahagianmu
Oh tolong, tolonglah insan ini
Yang memerlukan cinta
Sebagai penawar
Merawati lukanya...Tolong, tolonglah si dia ini
Dengan menghampirinya
Kerana dia sebahagianmu
Oh tolong, tolonglah insan ini
Yang memerlukan cinta
Sebagai penawarMerawati...

Tolong, tolonglah si dia ini
Dengan menghampirinya
Kerana dia sebahagianmu
Oh tolong, tolonglah insan ini
Yang memerlukan cinta
Sebagai penawar
Merawati lukanya...

Lirik Lagu : Menanti - ella

Apa benar cintaku ada
Andai benar mana buktinya
Suluhlah untukku
Yang hampir berputus asa
Mencarinya...
Berikanlah sinar yang nyata
Biar mudah ku memegangnya
Tak rela dilanda kecewa bagai gelora
Lebih lama
Sehingga tiada...
Tangisan...tangisan...oh...Tersenyum...tersenyum menanti
Kasihmu... sayangmu....
Merangsang semula
Perasaan keinsananku

Lirik Lagu : Jangan - Juliana Banos

Jangan biarkan
Masa terus berlalu
Jangan pendamkan
Perasaanmu
Kerna semua tahu
Rahsia hati kau dan aku

Jangan biarkan
Daku tertunggu-tunggu
Jangan biarkan
Ku terindu-rindu
Setaip masa kau di minda

Mungkinkah ku dah
Jatuh cinta
Dengan jelas ku lihat keikhlasan
Kelakuan dan ucapan
Yang pastinya hatiku

Sudah kau tawanJ
angan kau kecewakan...
Jangan.....
Jangan rasakan
Daku tidak menyinta
Jangan rasakan
Ku sudah berpunya
Kerna ku sebagai wanita

Kau mulalah
Langkah pertama
Dengan jelas ku lihat keikhlasan
Kelakuan dan ucapan
Yang pastinya hatiku
Sudah kau tawan
Jangan kau kecewakan...Jangan

Jangan biarkan
Daku tertunggu-tunggu
Jangan biarkan
Ku terindu-rindu
Setaip masa kau di minda
Mungkinkah kuDah jatuh cinta
Dan diriku berdoa
Dikau sedar
Ku disini menanti cinta

Lirik Lagu : Ku Masih Setia - Juliana Banos

Kini genap sepurnama
Sinar pergi selamanya
Bermalam berairmata
Takkan membawanya pulang kepadaku

Aku redha
Redha apa yang terjadi
Namun tak dapat ku nafi
Hancur leburku dihati
Ku setia...

Aku masih cintanya
Dalam tiap doa aku sedih hiba
Mengingati dirinya
Aku rindu
Teramat rindu dan pilu

Oh Tuhan kurniakan rahmat
Ke atasnya
Selama-lamanya

Terkenang suatu ketika
Hidupku tiada arah yang sebenar
Dia bagaikan pelita
Menyuluh hidupku dengan nafas cinta

Aku redha....
Pemergiaannya walau kurebah
Kini hanyalah di mimpi
Melepaskan rindu kasih
Aku rindu
Teramat rindu dan pilu
Oh Tuhan kurniakan rahmat ke atasnya
Selama-lamanya
Dan semoga diaTahu hakikatnya
Aku masih cinta

Lirik Lagu :Takut - Juliana Banos

Sekian lama
Kau menanti setia
Bersama ku suka dan duka
Dari matamu
Hasrat hati, ku tahu
Tak perlulah
Kau mengucapkannya

Kau istimewa...Namun ku rasa
Ku masih belum bersedia
Bukan ku tak cinta
Tapi ku takut diluka
Pedihnya telah ku rasa
Dan daku...
Tidak sanggup lagi
Menangis mengubati hati

Bukan ku tak cinta
Tapi ku takut kecewa
Ku takut untuk percaya
Pabila kau lafazkan kalimah cinta

Bukan salah mu
Bukannya ku tak mahu
Membuka pintu hati ini
Tapi ku perlupulihkan semangat ku
'Tuk bercinta kali kedua

Kau istimewa...Namun ku harap
Kau sudi tunggu seketika
Bukan ku tak cinta
Tapi ku takut diluka
Pedihnya telah ku rasa
Dan daku tidak sanggup lagi
Menangis mengubati hati
Bukan ku tak cinta
Tapi ku takut kecewa
Ku takut untuk percaya
Pabila kau lafazkan kalimah cinta

Lirik Lagu : Malam Terakhir - Juliana Banos

Maafkan daku
Esok ku kan pergi walau betapa berat dihati
Berat lagi air mata menitis ke bumi
Meninggalkan yang ku cintai
Kaulah satunya cahaya hidupku
Namun demi kebahagiaanmu
Memang benar kata-kata mereka
Dikau sepatutnya dicinta wanita yang lebih sempurna
( korus )Setulus benar kata
Kau amat ku cinta
Namun terpaksa ku melangkah
Pergi entah ke mana
Peluk ku hingga ke esok pagi
Di malam terakhir bersama

Telah ku cuba sedaya upaya
Agar mereka menerima diriku
Walau amat ku sedar dunia kita berbeza

Sayang.... terimalah hakikatnya
Mungkin inilah kesudahannya cinta suci kita
Cinta yang kita sangka kekal selamanya
Namun percayalah kau tetap dihati
Kau tetap ku cintai sehingga akhirnya hayat ini
Di malam terakhir kita

Lirik Lagu :Hatiku Luka Kembali - Jamal Abdillah

Telah ku duga
Akan kehadiranmu kasih
Namun hatimu
Bukan untukku

Usah kau pinta
Aku akan mengenang kembali
Tapi jiwaku
Terbiar sepi ku sendiri

Seandainya kasih
Kau datang membawa
Penawar luka
Dengan cintamu
Biarkanlah aku

Dengan derita ini
Kembara dalam sepi
Lupakanlah
Dari penggodaanmu kasih
Hatiku terluka
Bila mengenangOh Cintamu
Ohooo Kasih...

Lirik Lagu : Azura - Jamal Abdillah

( 1 )Azura...Ada sinar di matamu
Lembut hatimu mesranya... sayang
(2 )Azura...Senyummu ku terbayang
Tanpa mu ku sepi... rindu
( korus 1 )Azura...Kaulah sinar hidupku
Yang mengalirkan cintaDi dalam jiwaku
( korus 2 )Azura...Kaulah sinar hidupku
Moga takdir menyatukanCinta kau dan aku
Azura...

Lirik Lagu : Seribu Impian

Disenjakala begini
Teringat kembali
Teman-teman lama dahulu
Yang pernah sama mengharungi
Pahit dan manis dirasa
Sehati sejiwaTak mungkin ku lupakan segala
Saat suka dan duka
Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sesama kita walau badai tiba
1 Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan...
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi
Kenangan lalu menjelma
Teringat kembaliDi ketika bergurau senda
Mesranya kita bersama
Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata...
Setinggi langit biru, mimpi kitaAbadi selamanya...( ulang 1 )

Lirik Lagu : Merenung Bulan

Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih
Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan
Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan
Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan

Lirik Lagu : For You - Kru

I know it was just a short time affair
But I didn’t know that you would stay on my mind
The sweet little voice, I just can’t ignore
Tellin’ me that you’re the one for me, so
I amWaiting till I know it’s the right time
When you wanna give you’re lovin’ away
I’m so down for you, girl you know it’s true
That there ain’t a thing you ask
I would not do

Just thinkin’ about how good it could beIf we got together for more than just one night
Gets me so excited that I can’t seeNo one else inside my head but you
You know that I’ll beWaiting till I know it’s the right time
When you wanna give you’re lovin’ awayI’m so down for you, girl you know it’s true
That there ain’t a thing you ask I would not do

Coz to be the man that you call for
When you wanna give you love to someone
I’ll do almost anything to have you here wiyh me
That’s why...I’ll do anything baby...So right, so right So right, so right

Rabu, 27 Ogos 2008

Lirik Lagu : Bulan Kedua - melly goeslaw

Hati berbunga rindu jiwa tak tentu arah inikah disebut cinta
Bulan kedua itu pertama ku dengan kamu
Buat hati terpaut suka
ohhh... Begitu cepat waktu berlalu perpisahan tak di duga
Ku ingin dengan mu batas - batas waktu kau tetap selalu di hati

Bulan kedua itu cinta ku
Tak kan ku hapus pertama kau ucap kata cinta....
Bulan kedua itu pertama ku dengan kamu
Dua hati terpaut suka
oooh.... begitu cepat waktu berlalu perpisahan tak di duga
Ku ingin dengan mu batas - batas waktu kau tetap selalu di hati

Lirik Lagu : Kembalilah Kasih - Anuar Zain

Sendirian ku di halaman
Bulan dan bintang menyaksikan
Perpisahan dua insan tiada rela
Diabadikan bunga merah menjadi lambang perpisahan
Percintaan dua insan tiada tara

Kini hilang dari pandangan jernih berkaca
Sayu kedengaran suara mu ( ulang )

Kembalilah kekasih kembali segera....
Hilangkan kerinduan yang masih melanda
Ku dambakan bisikan asmara kasih mu penuh makna
Ku yakin bunga cinta pasti mekar semula

Lirik Lagu : Kau Sahabat Kekasih Dan Teman

Ku harap sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi - mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beraneka ragam dan rupa
Ada yang jujur ramai yang berpura - pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru.....

oooh... Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia rela bersama suka duka

C/O : Jadilah kau kekasih ku sahabat dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan kita berkekalan

oooh kau kekasih

Andainya Perempuan Tahu......

- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki
tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Jenis _ Jenis Lelaki

Anda yang wanita-wanita ini mungkin teringin sangat nak tahu apa jenis-jenis lelaki yang terdapat di dunia ni. Ada yang ok, ada yang tidak. Tapi saya rasa, bukan wanita saja yang ingin tahu jenis-jenis lelaki ini. Yang lelaki pun mesti ingin tahu jugak bukan? So mari kita baca entri kali ini.

#1 - Jenis habis madu sepah dibuangLelaki kategori ini adalah seorang lelaki yg mementingkan kebersihan. Kerana dia takleh hidup dlm keadaan yg bersepah sepah. Sebab itu la, bila madu dah habis…dia akan membuat pembersihan dan benda benda yg bersepah akan di buang.

#2 - Jenis bagi betis nak pehaLelaki jenis ini mempunyai selera makan yang tinggi. Dan mungkin jugak seorang yang buruk lantak. So, sesiapa yg mempunyai pasangan seperti ini hendaklah sentiasa memastikan ada lebihan makanan setiap kali menjamu selera.

#3 - Jenis manis mulut di bibirLelaki kategori ini adalah seorang yang hisap rokok secara curi curi. Atau lebih tepat lagi hisap rokok tanpa pengetahuan pasangannya. Dan lelaki ini sentiasa ‘cover’ bau rokok dengan makan gula gula. Sebab tu mulut serta bibir dia manis.

#4 - Jenis lembut gigi dari lidahLelaki jenis ini seorang yg suka menggosok gigi sampai giginya kelihatan putih bersinar sinar. Dan harus di ingat, giginya yang putih berseri itu adalah senjata utama yang digunakan untuk meng’ayat’ perempuan kerana hanya dengan senyuman yg membariskan giginya yang putih itu dapat melembutkan hati perempuan tanpa menggunakan kata kata.

#5 - Jenis tikam dari belakangTikam dari belakang? Ada ke kategori macam ni? Anda rasa?

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 - KonsistenKamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawalPerkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - KomitmenKomitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - KejujuranKejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanyaKunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikanSebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - SimpatiSimpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 - DiyakiniBila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapatMemanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendamCinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 - Berfikiran terbukaBanyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujurKetulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingiBukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hatiSaat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - PersamaanPersamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkanTak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormatiSaling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - PenghargaanTidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistikBayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersamaManusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Kembali Mengejar Si Dia

Setelah sekian lama memutuskan perhubungan, perasaan cinta terhadapnya semakin tidak keruan dan kamu menginginkannya kembali kepangkuan kamu semula. Apakah yang harus kamu lakukan???

Saat memutuskan untuk berpisah , kamu yakin bahawa segalanya sudah berakhir dan hubungan itu hanyalah tinggal kenangan.....



Sekiranya hubungan yang dijalinkan selama lebih 2 tahun, yang akan diakhiri dengan ikatan tali pertunangan, tiba-tiba si dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan. Hati siapa tidak hancur diperlakukan sebegitu....



Putus cinta adalah pengalaman yang maha perit untuk dilalui oleh setiap insan. Terutamanya apabila putus dengan alasan kurang kukuh atau disebabkan reaksi emosional diri sendiri juga kesibukan diri yang melampau...



Jadi apa yang harus dilakukan? Biarpun kata putus sudah pun terucap, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah tenangkan diri dan berfikir tentang hidup kamu tanpa si dia.....

Setelah kamu berjaya melawan 1001 kata hati, duduk dan fikirlah tentang perhubungan yang amat bereti untuk di pertahankan...

Mana mungkin si dia tidak pernah membawa perubahan pada diri kamu...

Kebahagiaan yang di bina bersama, keriangan berjalan berpimpinan tangan, kucupan pada pipi dan tangan kamu setiap kali bersua...

Tentu kerinduan melanda jiwa kamu, apatah lagi cara kamu memutuskan hubungan itu dulu tanpa si dia di depan mata kamu.... fikirkanlah terseksa jiwanya bukan...



Jujur dikatakan, sekiranya kamu berjaya melalui setiap saat tanpa si dia di sisi, cuba fikirkan kenapa kamu harus memikirkannya semula... Ini kerana perasaan sayang kamu pada si dia masih bersisa jadi teruskan usaha kamu itu...

Tetapi sekiranya ternyata penyebab utama adalah rintangan biasa dihadapi, kamu patut memperjuangkan perhubungan itu semula... memandangkan segala rasa cinta, sayang dan rindu masih utuh untuk si dia maka mulakan langkah anda semoga berjaya.....



Bersikap Tenang....



* Masalah besar yang melanda seorang lelaki adalah egoisnya. Jika si dia mendengar khabar berita yang kamu menangisi ketiadaannya di sisi.. si dia tak mungkin rasa bersalah malah berbangga dengan keadaan kamu.

* Jadi jangan berikan kepuasan itu...Tunjukkan kepadanya bahawa si dia bukanlah satu-satu lelaki / wanita di dunia ini yang dapat membuatkan hidup kamu ceria..

* Buktikan bahawa kamu mampu berdiri secara normal tanpa si dia di sisi. Keluarlah bersama-sama kawan kamu untuk meredakan segala perasaan kamu..



Berfikir Sebelum Bertindak.....



* Usaha ini agak berat jika kamu berada di pihak yang memberi kata putus...Berbincanglah kamu berdua setenang mungkin...

* Cuba dekati Si dia semula perlahan-lahan dan perlu ada sikap mengambil tahu keadaan si dia di sana...

* Sekiranya si dia amat menyayangi dan menyintai kamu si dia akan berubah.. setiap perubahan bukanlah secara drastik



Jangan Mengemis Simpati



*Jangan merayu si dia kembali ke pangkuan kamu. Ingatlah jangan sesekali memalukan diri kamu sendiri..

* Kalau kamu berusaha ada kejayaan yang menunggu... sudah pasti si dia jodoh kamu insyallah

* Apa yang dihajati tak mungkin berlaku secara drastik beri si dia masa... dan kamu perlu usaha memohon kepada Allah..insyallah termakbul

Selasa, 26 Ogos 2008

Resepi : Puding Ros Laici

Bahan-Bahan:
25 gram agar-agar1 biji kelapa (diambil 2 cawan santan)½ kg gula3 biji telur (dipukul)2 sudu besar tepung kastard
1 tin buah laici (dicincang)5 cawan airSehelai daun pandanPewarna (ikut suka)
Cara:
Agar-agar dimasak dengan 5 cawan air. Masukkan daun pandan untuk mewangikannya. Apabila air telah mendidih, masukkan gula dan biarkan ia larut, kacau selalu. Kemudian, apabila larutan agar-agar sudah pekat, masukkan tepung kastard berserta santan dan telur dan juga buah laici yang telah dicincang dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna merah, kuning, dan hijau. Masukkan ke dalam acuan atau bekas yang disukai. Biarkan ia beku dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Resepi : Agar-agar Buah-buahan

Bahan-Bahan:
1 liter air300 g serbuk agar-agar kristal
1 tin buah-buahan koktel
Cara:
Didihkan air di dalam periuk. masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut. Masukkan buah-buahan dan kacau sedikit. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Resepi : Sup Ayam

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (disiang,asingkan kulit & lemaknya,ketepikan)1 sudu kicap cair Garam & lada sulah secukup rasa 2 kuntum bunga lawang5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 labu sedang bawang 4 ulas bawang putih
2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku 4 cawan air ]250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)Garam secukup rasaBawang merah goreng Daun bawang dicincangDaun sup yang dicincangLada-lada hiris yang telah dijeruk
Cara:
Potongkan ayam kepada ketulan-ketulan & perasakan dengan campuran kicap. Perapkan selama 15-20 minit. Panaskan kulit & lemak yang telah diketepikan itu di atas api yang besar.Dapatkan minyaknya & tapis. Tuangkan ke dalam periuk lain.Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia. Goreng hingga layu.Besarkan api.Masukkan ayam & bahan perasa selebihnya.Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilkan api.Masukkan air,ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga ayam & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan.Taburkan atasnya dengan bawang merah goreng,daun bawang & daun sup.Hidangkan segera dengan lontong atau roti.Hidangkan lada dalam pinggan yang berasingan

Resepi : Biskut Comot Chocolate

Bahan-Bahan:
2 cawan mentega 2 cawan gula halus 2 biji kuning telur 3 cawan tepung jagung 3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla cooking chocolate sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk
Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur dan kacau rata.
3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh
5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan
6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih
7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini
8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk
9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup
Tambahan:
Biskut ini memang rupanya comot tapi rasanya....tak tau nak cakap sedap...klu nak rase cuba le try buat...semoga berjaya

Resepi : Biskut Amor Aiskrim

Bahan-Bahan:
250g butter 100g gula 30g shortening 240g tepung gandum 50g tepung jagung 30g tepung kentang 40g tepung kastad ½c.teh baking powder sedikit esen mangga/vanila
Hiasan: coklat masak manik bintang telur kuning
Cara:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. masukkan shortening dan esen mangga/vanilla. Kacau serata.
3. campurkan semua tepung dan baking powder.
4. masukkan campuran semua tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.
5. jika adunan tadi lembik, masukkan sedikit tepung jagung,jangan guna tepung gandum kerana ia akan membuatkan biskut tidak ragup
6. uli tepung sehingga menjadi doh dan boleh dicanai.
7. setelah setelah dicanai,guna kayu roll yang berjalur untuk membuat jalur-jalur diatas doh yang telah dicanai.
8. tekap doh yang berjalur dengan acuan berbentuk ais krim. kemudian sapu kuning telur sebelum dibakar dengan suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
9. setelah biskut masak, hiaskan biskut dengan coklat masak yang telah dimasak secara double boiller.
10. akhir sekali susunkan manik bintang diatas coklat tadi dan biarkan coklat kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

PERKATAAN LAZIM YANG SERING KAUM HAWA SUKA GUNAKAN

FINEIni la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.LIMA MINITIni sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.TAKDE APA-APAIni bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.PERGILAH! (dengan kening terangkat)Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.MENGELUH YANG KUATIni sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.MENGELUH YANG PERLAHANLagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.OKAY LAHIni adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.BUAT LAHSatu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.TOLONGLAHIni bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.TERIMA KASIHSeorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.TERIMA KASIH BANYAK-BANYAKIni banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

PANDUAN KEPADA LELAKI-TANDA - Tanda-tanda Wanita Tergoda

"Dia Tidak Senang Duduk"Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera."Tunjuk Minat" Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda."Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya" Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu."Dia Men'jual' Dirinya" Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki."Bersikap Terbuka" Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!"Membayangi Anda"Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi."Anda Diajak Ke Tempat Lain... " Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya."

Cara Wanita Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki. 2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan. 3. Jika berjalan suka menunduk. Cara be rjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya.Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya. 4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas. 5. Jika berjala n badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri. 6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain.Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya. 7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Ahad, 24 Ogos 2008

Biarkan

Hari ini azam ku yang baru , tak mungkin kau jadikan kelabu
Tepis - tepis kata yang sinis , yang panas ku jadikan membeku....

Citarasa ku bukanlah menggunung tak pernah menganggu kamu
Bahagia aku kemudi selalu biar ku menuju jalan tak berbiku

Biarkan cemburu berkubur, asalkan tak cemari hidupku
Biarkan aku senyum selalu , tandanya aku tiada seteru
Hari - hari berlalu tidak menunggu
sia - sia umur mu termangu terpaku

Hari esok tak siapa tahu barangkali berubah nasibmu
Oles - oles wajah mu yang mulus cahaya hati kamu yang telus

Jangan kau terpenjuru
Jangan kau bercelaru
Diri ku Bukanlah milikmu
Kau biarkanlah aku.....

Kenali RiaQistina

RiaQistina di ambil dari sebuah novel.. mempunyai jalanan kehidupan yang hampir sama dengan watak dalam novel tersebut..
Nama samaran RiaQistina diguna dalam MIRC... sejak 4tahun lepas..

Siapa RiaQistina.....
RiaQistina dikenali di MIRC dengan pangilan Qis dan bagi yang sudah mengenalinya dengan lebih rapat akan memanggilnya dengan pangilan Sha...
Berasal dari Pulau Pinang... bekerja dengan salah sebuah syarikat kontraktor di Kuala Lumpur..
Berusia pertengahan 20-an....
Mengemari muzik jenis r & b, soul, rap , erti kata lain semua masuk laa...

Orangnya jenis simple , kelakar & happy-go-lucky
suka buat orang lain gembira berada disampingnya...


Tak Kenal Maka Tak Cinta Dah Kenal Baru Nilai Siapa Daku......