Sabtu, 13 September 2008

Kenapa Ramai Wanita Begitu Sukar dan Bergelut di Dalam Perhubungannya Dengan Lelaki?

Ada banyak sebab kenapa wanita bermasalah dalam perhubungannya. Seperti yang saya sebutkan, sebab utama hanyalah kerana wanita tidak memahami lelaki. Sekiranya wanita benar-benar memahami lelaki, dia akan tahu bagaimana untuk menarik lelaki seperti magnet dengan mudah, membuatkan lelaki lemah di tangannya, membuatkan lelaki melayannya seumpama seorang puteri, dan menyempurnakan segala keinginannya.

Halangan utama wanita hadapi dalam usaha memahami lelaki ialah mereka mencari dan bertemu dengan sumber yang salah. Meminta nasihat dari rakan-rakan yang juga wanita sedangkan hakikatnya mereka juga kabur dan tidak memahami lelaki; dan membaca nasihat, tips tentang perhubungan dan cinta dari majalah-majalah wanita yang sekiranya begitu “power” nasihat dan tips yang diberikan, kenapa masih ramai wanita yang membaca majalah seperti ini tetap juga dibelenggu masalah dalam perhubungan mereka?

Sekiranya seperti kebanyakan wanita, mungkin anda kerap bercakap dan bertanya dengan rakan-rakan wanita tentang masalah cinta dan perhubungan. Tak tahulah saya sekiranya rakan anda memang seorang “terapi perhubungan”, atau pun sekiranya dia memang telah mempunyai sebuah perhubungan yang bahagia dengan lelaki(ini penting) – kalau tidak, jangan! Anda PASTI membuang masa, tenaga, dan akhirnya tetap teraba-raba mencari jawapan.

Oklah, pergilah juga bercakap dengan rakan anda yang sudi mendengar kalau anda hanya ingin meringankan apa yang terbuku di hati – dan juga kalau itu membuatkan anda berasa lega. Tetapi anda perlu sentiasa ingat – ia tidak akan mengubah apa-apa pun dalam meningkatkan perhubungan anda dengan lelaki.

Bukan saya mengatakan kawan-kawan anda semuanya tidak bagus dan tidak layak untuk memberikan nasihat – tetapi nasihat yang diberikan kemungkinan besar berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka sendiri yang terhad.

Hanya kerana mereka mungkin pernah mengalami situasi dan mempunyai pengalaman seolah-olah sama seperti anda, tidak bermakna nasihatnya sesuai dengan situasi anda sekarang.

Tiada ulasan: