Setelah sekian lama memutuskan perhubungan, perasaan cinta terhadapnya semakin tidak keruan dan kamu menginginkannya kembali kepangkuan kamu semula. Apakah yang harus kamu lakukan???
Saat memutuskan untuk berpisah , kamu yakin bahawa segalanya sudah berakhir dan hubungan itu hanyalah tinggal kenangan.....
Sekiranya hubungan yang dijalinkan selama lebih 2 tahun, yang akan diakhiri dengan ikatan tali pertunangan, tiba-tiba si dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan. Hati siapa tidak hancur diperlakukan sebegitu....
Putus cinta adalah pengalaman yang maha perit untuk dilalui oleh setiap insan. Terutamanya apabila putus dengan alasan kurang kukuh atau disebabkan reaksi emosional diri sendiri juga kesibukan diri yang melampau...
Jadi apa yang harus dilakukan? Biarpun kata putus sudah pun terucap, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah tenangkan diri dan berfikir tentang hidup kamu tanpa si dia.....
Setelah kamu berjaya melawan 1001 kata hati, duduk dan fikirlah tentang perhubungan yang amat bereti untuk di pertahankan...
Mana mungkin si dia tidak pernah membawa perubahan pada diri kamu...
Kebahagiaan yang di bina bersama, keriangan berjalan berpimpinan tangan, kucupan pada pipi dan tangan kamu setiap kali bersua...
Tentu kerinduan melanda jiwa kamu, apatah lagi cara kamu memutuskan hubungan itu dulu tanpa si dia di depan mata kamu.... fikirkanlah terseksa jiwanya bukan...
Jujur dikatakan, sekiranya kamu berjaya melalui setiap saat tanpa si dia di sisi, cuba fikirkan kenapa kamu harus memikirkannya semula... Ini kerana perasaan sayang kamu pada si dia masih bersisa jadi teruskan usaha kamu itu...
Tetapi sekiranya ternyata penyebab utama adalah rintangan biasa dihadapi, kamu patut memperjuangkan perhubungan itu semula... memandangkan segala rasa cinta, sayang dan rindu masih utuh untuk si dia maka mulakan langkah anda semoga berjaya.....
Bersikap Tenang....
* Masalah besar yang melanda seorang lelaki adalah egoisnya. Jika si dia mendengar khabar berita yang kamu menangisi ketiadaannya di sisi.. si dia tak mungkin rasa bersalah malah berbangga dengan keadaan kamu.
* Jadi jangan berikan kepuasan itu...Tunjukkan kepadanya bahawa si dia bukanlah satu-satu lelaki / wanita di dunia ini yang dapat membuatkan hidup kamu ceria..
* Buktikan bahawa kamu mampu berdiri secara normal tanpa si dia di sisi. Keluarlah bersama-sama kawan kamu untuk meredakan segala perasaan kamu..
Berfikir Sebelum Bertindak.....
* Usaha ini agak berat jika kamu berada di pihak yang memberi kata putus...Berbincanglah kamu berdua setenang mungkin...
* Cuba dekati Si dia semula perlahan-lahan dan perlu ada sikap mengambil tahu keadaan si dia di sana...
* Sekiranya si dia amat menyayangi dan menyintai kamu si dia akan berubah.. setiap perubahan bukanlah secara drastik
Jangan Mengemis Simpati
*Jangan merayu si dia kembali ke pangkuan kamu. Ingatlah jangan sesekali memalukan diri kamu sendiri..
* Kalau kamu berusaha ada kejayaan yang menunggu... sudah pasti si dia jodoh kamu insyallah
* Apa yang dihajati tak mungkin berlaku secara drastik beri si dia masa... dan kamu perlu usaha memohon kepada Allah..insyallah termakbul
Rabu, 27 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan