Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (disiang,asingkan kulit & lemaknya,ketepikan)1 sudu kicap cair Garam & lada sulah secukup rasa 2 kuntum bunga lawang5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 labu sedang bawang 4 ulas bawang putih
2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku 4 cawan air ]250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)Garam secukup rasaBawang merah goreng Daun bawang dicincangDaun sup yang dicincangLada-lada hiris yang telah dijeruk
Cara:
Potongkan ayam kepada ketulan-ketulan & perasakan dengan campuran kicap. Perapkan selama 15-20 minit. Panaskan kulit & lemak yang telah diketepikan itu di atas api yang besar.Dapatkan minyaknya & tapis. Tuangkan ke dalam periuk lain.Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia. Goreng hingga layu.Besarkan api.Masukkan ayam & bahan perasa selebihnya.Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilkan api.Masukkan air,ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga ayam & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan.Taburkan atasnya dengan bawang merah goreng,daun bawang & daun sup.Hidangkan segera dengan lontong atau roti.Hidangkan lada dalam pinggan yang berasingan
Selasa, 26 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
mcm sedap jer..leh la sha masakan utk saya..hi hi hi hi..leh ke?
Catat Ulasan