Bahan-Bahan:
2 cawan mentega 2 cawan gula halus 2 biji kuning telur 3 cawan tepung jagung 3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla cooking chocolate sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk
Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur dan kacau rata.
3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh
5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan
6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih
7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini
8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk
9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup
Tambahan:
Biskut ini memang rupanya comot tapi rasanya....tak tau nak cakap sedap...klu nak rase cuba le try buat...semoga berjaya
Selasa, 26 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan